Bab 65🤍

1K 67 107
                                    

Kamera DSLR yang dipegang dibetulkan kedudukannya dengan teliti agar kualiti gambar yang diambil cantik dan menarik. Iris birunya didekatkan pada lensa kamera. Imej menara condong Pisa yang dilihatnya di dalam kamera membuatkan Airil Adryan lebih semangat untuk mengabdikan gambar itu sebagai kenangan.

KLIK! KLIK! KLIK!
Beberapa keping gambar berjaya ditangkap. Pelbagai sudut posisi dia mengambil gambar menara itu. Lama selepas itu, dia menilik gambar yang ditangkapnya tadi di skrin kamera miliknya. Gambar terakhir yang ditangkap, membuat dia tergelak kecil.

Gambar menara condong Pisa, tetapi ada dua jari iaitu jari telunjuk dan jari hantu yang mengacau di dalam gambar itu. Sungguh dia kenal siapa pemilik jari itu.

 Sungguh dia kenal siapa pemilik jari itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(GAMBAR HANYALAH EDIT SEMATA-MATA. NAK JUMPA DALAM GOOGLE DAN PINTEREST MEMANG TAK AKAN JUMPA.)

"Hana..."

"Ya," sahut Hazwini pendek yang berdiri ditepi Airil Adryan sambil melihat telefon pintarnya.

"Abang nak tangkap gambar Hana, tapi Hana tak nak. Bila abang tangkap gambar menara sibuk je jari tu nak kacau. Jealous ke?"

Hazwini mengangkat keningnya. Jealous?  Buat apa? Tak tahu ke menara Pisa itu sudah menjadi sebahagian dalam senarai scandalnya tahun 2020? Ops! Hehe.

"Tak ada maknanya... Ingat Hana macam abang ke? Hana cakap dengan pokok kelapa pun abang nak cemburu," kata Hazwini selamba. Tangan kanannya sempat membetulkan shawl  berwarna merah jambu gelap yang dipakainya disapa dek angin.

"Huh, bila masa?"

"Bila-bila masa?" Hazwini bermain kata-katanya. Niatnya memang nak mengusik si suami.

Lantas Airil Adryan menarik pinggang kecil Hazwini lalu dengan selamba dia mencium sekilas bibir comel milik isterinya itu. Perlakuannya sering tak tumpah seperti di dalam drama China moden dan drama Korea.

Tak berkelip mata Hazwini.

Kemudian dia menampar bahu Airil Adryan dengan kuat.

"Sabar. Ni bukan Malaysia... Ini negara Eropah. Orang sini mana ambil peduli pun." Jawapan dari Airil Adryan membuatkan mata Hazwini meluas. Dan sekali lagi bahu suaminya menjadi mangsa kekejamannya.

"Memang lah ni negara Eropah. At least tak ada ke perasan malu orang sekeliling tengok?" Kata Hazwini dengan geram. Wajah putih bersihnya mula berbahang.

"Cium tu dapat pahala kan, sweetheart?  You see. Mana ada orang tengok pun. Masing-masing buat hal sendiri kan?"

Hazwini diam. Matanya meliar sekeliling. Memang benar kata-kata suaminya. Tiada siapa pun melihat mereka berdua. Tapi... Rasa malu tetap ada! Dahlah, public place!

"Sekarang ni jom kita tangkap gambar sama-sama dulu."  Tutur Airil Adryan setelah sekian lama senyap di antara mereka berdua. Kamera DSLR yang dipegangnya diletakkan kembali di dalam backpack yang digalasnya.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now