🤍 BAB 1

209 13 7
                                    

Lapan tahun kemudian…

Irisnya berwarna hazel meneliti setiap tajuk novel yang tersusun rapi di rak. Tiada satu pun tajuk yang menarik perhatiannya untuk dibeli. Dia mengorak melangkah ke bahagian rak novel fiksyen Bahasa Inggeris. Seperti tadi, dia meneliti semua tajuk novel sehinggalah satu novel berukuran tebal berjaya menawan hatinya.

A Dance with Dragons.” Perlahan suara Mikhael membaca tajuk novel yang telah berjaya membuat dirinya tertarik. Rekaan fantasi dan warna kulit novel yang menarik adalah penyebab dia tertarik pada novel itu.

Cermin mata berbingkai nipis dan bulat dipakainya dibetulkan sebelum dia terpaksa mencangkung kerana novel itu terletak di bahagian bawah dari rak. Mikhael membelek novel itu dengan lebih jelas. Setelah beberapa saat membelek, dia mengambil novel itu untuk berdiri sambil membaca sinopsis pendek pada belakang kulit novel tersebut.

Sedang leka membaca, dia terasa getaran panjang di poket kanan jeansnya. Membuatkan Mikhael menyeluk poketnya untuk mengeluarkan telefon pintarnya jenama Iphone 13 pro max berwarna putih yang sedang berdering menandakan seseorang menelefonnya.

Airpod yang sememangnya telah di bluetooth dan ada di kedua-dua lubang telinganya dapat mendengar suara si pemanggil tanpa menekap telefon di telinga.

“Assalamualaikum Mika.”

“Waalaikumussalam mummy… Why are you calling me? Do you miss me?” Mikhael menjawab. Rupa-rupanya mummynya menelefon dari Perth menggunakan aplikasi panggilan Whatsapp. Kalau menggunakan panggilan kredit biasa, habis melambung bil roaming mummynya itu.

Of course, I do. Saja mummy call. Mika sihat ke? Tengah buat apa?” kata Puan Maria sambil tersenyum kecil. Menanti khabar anak terunanya membuat dia rasa gembira walaupun berjauhan di antara benua.

Alhamdulillah I’m  fine. How about you? Mika sekarang kat kedai buku. Saja nak cuci mata sebab esok Mika dah start kerja. Daddy dengan Ayla ada ke?”

Alhamdulillah mummy okay. Daddy kat office. Ayla… Heheh, do you want know about Ayla? There’s something I need to tell you. She will…”

What?” soal Mikhael apabila mummynya berhenti dihujung kata. Lagi membuat dia terkejut dia terdengar suara jeritan yang dia kenali didalam taliannya. Mujur novel tebal ditangannya tidak terjatuh kerana hampir terkejut dengan bunyi jeritan yang separa nyaring itu.

Mummy, let me tell him!” Itu yang didengar oleh Mikhael didalam talian panggilan.
Bunyi  ketawa Puan Mariatul Qibtiyah juga kedengaran.

“She will get married, soon.” tutur Puan Maria, senada.

Seriously, Ayla? What a surprise…”

“Hello, sunshine.”

Mikhael tersenyum siapa lagi memanggilnya sunshine kalau tidak bukannya kakak kembarnya, Mikayla yang mesra dipanggil Ayla. Kemungkinan kembarnya itu sudah mengambil telefon mummynya untuk bercakap dengannya.

“Ops, sorry! Assalamualaikum, my sunshine!”

Waalaikumussalam. Are you serious, Ayla?”

Yes… But, mummy so dangerous.  Kalau boleh satu dunia nak bagi tahu Ayla nak kahwin,” balas Mikayla di dalam talian panggilan.

Mikhael hanya tersengih. Mummynya memang begitu. Semasa dia lulus dan tamat phD pada lapan bulan yang lalu mummynya paling gembira dan teruja. Sempat mengadakan majlis kesyukuran dan mengajak jiran-jiran yang terdekat untuk menyambut kesyukuran kerana pelajarannya diperingkat tinggi itu telah tamat. Setelah itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal dan berkerja di Malaysia. Keluarganya menyetujui hal itu kerana sekian lama dia tidak pulang ke tanah kelahiran sendiri.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now