🦋Bab 11

1.8K 124 15
                                    

"Assalamualaikum..."

Tergamam mereka berenam melihat Airil Adryan yang terjengul di muka hadapan pintu. Agaknya dia dengar semua perbualan yang dibualkan oleh mereka.

Selamba juga, Airil Adryan melangkah masuk ke dalam lalu menuju ke sofa tanpa mempedulikan wajah mereka berenam memandangnya dengan pelik. Riak mereka seperti tidak pernah melihat wajah kacak sepertinya. Tiber betul!

Hazwini pula hanya memandang tajam merenung anak mata lelaki itu yang kelihatan selamba duduk di sofa sambil melihat sesuatu di telefon.

Baru dia sedar bahawa iris mata lelaki itu berwarna hazel. Huh, sereh ah Wini.. dah dua bulan dia ajar kau, kau baru perasan ke? Monolog Hazwini pada diri sendiri.

Tapi.... kenapa lelaki itu begitu baik terhadapnya? Apa kau orang rasa bila pensyarah yang kau orang paling benci nak mati buat baik dekat kau orang? Macam tu juga aku rasa. Macam dia corcened kat aku pula.

Kenapa ya dia buat baik dengan aku? Hmmm.. ni mesti ada agenda lain nak kena kat aku!

"Pft, kau orang! Aku nak pengsan dulu tau!" Kata Hazwini dengan perlahan kepada Liana, Adriana, Aisyatul, Fify dan Aleya yang berada disekitar katilnya.

"Eh kena..."

Tidak sempat Aisyatul menghabiskan kata, lantas Hazwini merebahkan badannya kembali.

"Hazwini Raihana, hutang kau dengan aku belum selesai. Sekarang ni kau buat hutang baru dengan aku. Dekat dua hari kau duduk sini dan kau kena bayar RM500 kat aku sebab aku dah bayar masa kau kat sini. Jumlahnya RM 1500," cakap mengalahkan AhLong lintah darah selamba badak Airil Adryan bersuara.

Liana, Adriana, Aisyatul, Fify dan Aleya bukan kepalang terkejutnya.

Kau aku?

Selama ini mereka berkomunikasi dengan mengunakan ganti nama begitu? Mereka berlima memandang Airil Adryan tidak berpuas hati. Ada juga perangai pensyarah macam ni dalam dunia.

Hazwini mencelik mata. Dia sendiri pun terkejut dengan bicara lelaki itu. Tidak mahu mengalah pantas sahaja dia menjawab.

"Dasar manusia cekik darah! Ada aku suruh kau bayar ke? Yang kau baik sangat pergi tolong bayar tu kenapa? Kau sengajakan nak tambahkan hutang aku kepada kau, kan! Ey, kau tahan aku Liana! Aku rasa nak belasah je mamat ni! " sudah terbangun dia dari pembaringan angkara amarah yang meluap-luap kepada lelaki itu.

Airil Adryan hanya memaparkan riak tidak kisahnya. Lagi bertambah amarah Hazwini.

Tampaknya, mereka berlima masih terkejut. Terkejut dengan percakapan Hazwini dan Airil Adryan.

"Kau... Memang nak duduk sangatkan dalam wad kan?! Kejap, aku belasah kau sampai kau tak larat bangun lepas tu baru kau merasa duduk dalam wad tu betapa seksanya!"

Baru sahaja Hazwini hendak bangun dari katil untuk melunaskan kata-katanya dia ditahan rapi oleh sahabat-sahabatnya.

"Sabar, Wini. Sabar! Nanti teruk sakit kau," lembut Adriana menyabarkan Hazwini. Tetapi Hazwini tidak berputus asa untuk melepaskan diri dari ditahan. Memang dia nak ajar lelaki itu cukup-cukup!

"Dr. Airil ingat kawan saya ni ada banyak duit ke nak bayar semua tu? Tak apa Wini, aku tolong bayar untuk kau!" Lantang Aisyatul berkata. Matanya tajam memandang lelaki yang bergelar sebagai pensyarahnya. Dia tidak kisah tentang status seorang pelajar dan pensyarah. Yang harus diutamakan ialah sahabat. Takkan dia sanggup hendak melihat sahabatnya dianiaya teruk mengalahkan firaun? Ni lebih teruk dari Kim Jong Un, pemerintahan kejam Korea Utara. Eh?

Terkedu Hazwini seketika. Bukan soal bicara Aisyatul yang menjadi masalahnya. Dia terkedu kerana suara Aisyatul yang berkata lebih kuat berbanding dirinya marah tadi.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now