🌼Bab 3

2.5K 158 46
                                    

"Untuk assigment ni, saya mahu berkumpulan and have six partcipants people!" bergema suara Doktor Airil memberi arahan.

Pemilihan kumpulan sudah selamat dijalankan. Mereka semua berhak mencari ahli sendiri. Hazwini, Aisyatul, Liana, Fify, Adriana dan Aleya ialah satu kumpulan yang sama.

" Wini, kau jadi ketua kumpulan tau?" Suruh Aleya. Jelasnya seperti memaksa.

"Huihh, kenapa pulak aku?" balas Hazwini terkejut. Kejutan apakah ini?

"Class...! Please give attention! I have something to tell you guys..." tiba-tiba bergema suara Doktor Airil. Mereka berenam yang tadi sibuk berbincang tadi terus tekun menghadap wajah mereka ke hadapan.

"Okay, this is list of assigment titles for final exam... Tugasan ni lah yang menambah markah dalam kertas exam nanti... Hantar tugasan ni sebelum puasa nanti.. Sekarang sesiapa nak snap ke atau nak salin tajuknya di persilakan..."

Terbuntang semua pelajar melihat tajuk itu dalam slide dipamerkan. Terutamanya mata Hazwini yang langsung tidak berkedip.

List of assigment titles for final exam.

1. Reporting programming and teoery syntax and semantics. - 10% Mark.

2. Reporting data structure and logical operator.- 10% Mark.

3. Reporting network system.- 10% Mark.

4. Reporting software design.- 10% Mark.

5. Reporting theory users a combination of data types.- 10% Mark.

Total: 50%

Tanpa sedar Hazwini mengeluh kuat. Tak cukup dengan itu dia menghempuk kepalanya menggunakan buku rujukan programan. Tanda geram.

" Oi, kau apahal sampai hempuk-hempuk buku kat kepala ni... Silap hari bulan otak kau sewel macam orang kat wad gila tu... Nak sangat ke? Kalau nak... Meh aku tambah lagi..." kata Fify tangannya siap sedia memegang buku rujukan itu. Tunggu masa nak hempuk buku ni kat kepala budak ni!

"Hehehe... Tak nak lah... Fi... Okey aku gurau lah.. Saja nak melepaskan geram je.." cepat Hazwini membalas. Tak pasal-pasal si Fify ni buat betul-betul. Takkan naya?

Fify hanya menjeling tajam.

"Hui, Aleya! Sila jawab. Kenapa aku terpilih utuk dilantik jadi ketua kumpulan? Hah, jawab-jawab... Awat?"

"Kami berlima dah agree lantik kau jadi group leader dalam assigment ni. Lagipun.. Kau kan pandai bab-bab silde power point semua ni.. Kau kan terror dalam dunia laptop." selamba Liana menyampuk. Setengah dari hatinya, dia memuji sahabatnya ikhlas. Walaupun sahabatnya tidak menujuk bakatnya dalam bidang ini tetapi dalam diam dia akui Hazwini amat berbakat dalam apa perkara pun berkenaan komputer.

"Aku tak ada lah terror mana pun. Mana yang aku tahu aku buatlah. Tapi tak apa lah. Kalau kau orang dah setuju. Tapi..."

"Ish, kau ni! Asyik tapi, tapi je! Kang aku tapi kepala kau baru tau!" Celah Aisyatul. Aisyatul ni memang jenis panas baran orangnya. Dan tak tahu apa itu sabar. Lagi satu dia seorang yang benci melakukan kerja lambat. Haih, mungkin dari azali kut perangai dia begitu.

Dengan muka selamba dan tidak berasa bersalah, Hazwini menjawab. "Kau orang kena belanja aku makan Dorayaki tak pun nasi ayam KFC heheh."

"Kuang ajaq...!!!" Serentak Aisyatul, Fify dan Aleya bersuara. Tubuh Hazwini menjadi bahan untuk memukul. Alhamdulilllah pukul manja-manja aje.

My Adore, Dr. Annoying Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt