Bab 34🤍

1.4K 105 9
                                    

TAMAT
[END OF FLASHBACK BAB 35 & 36]
Hahaha sorry tak jelaskan secara terperinci😂

"Allahuakbar!" Jerit Hazwini. Spontan dia bangun dari pembaringan dan juga mimpi buruknya itu.

"Astagfigrullahhalzim... aku mimpi rupanya," dia meraup muka yang berkeringat peluh. Tak sangka tragedi cuba untuk dihapuskan dalam ingatan datang kembali menjengah mimpinya.

Sudah dua hari berturut-turut dia mengalami mimpi buruk ini. Dua hari berturut-turut juga dia berasa diri terancam. Sungguh dia takut. Dia pasti penculik dan dalang kemalangan ayah dan abangnya itu orang yang sama. Tapi apa motifnya? Apabila dia mimpi perkara itu sering tidak tumpah perkara itu pernah jadi padanya sebelum ini. Kenapa perlu diulang balik? Apakah itu petanda? Supaya dia lebih perlu berhati-hati?

Dia mengiggil perlahan. Kalau betullah itu petanda...

Dia perlu berhati-hati!

Hazwini tidak pasti orang itu sudah di tangkap atau tidak. Semasa kes kemalangan ayah dan abangnya langsung dia tidak tahu. Ketika itu dia dalam kemurungan kerana tidak dapat menerima takdir kehilangan orang tersayang. Dia hampir hendak membunuh dirinya untuk kali kedua. Kali pertama dia takut dirinya hampir dirogol. Allah s.w.t maha berkuasa menghantar seorang hamba untuk menyelamatkannya. Dia merasakan dirinya tidak layak untuk hidup lagi. Dia masih ingat dia meronta-ronta dan menjerit-jerit seperti histeria di dalam wad tahanan. Sedih.

Kedua-dua tangannyamencengkam rambutnya. Kelihatan air matanya sudah mengalir di pipi mulus.

Tok! Tok! Tok!

"Kakak... Bangun sayang. Dah subuh dah ni," ujar Pn. Hawa sambil mengetuk pintu bilik anak gadisnya.

Jeda.

Ketukan masih bergema.

"Kakak...!

Akhirnya pintu bilik dibuka dari dalam. Pn. Hawa terkejut melihat keadaan anaknya itu. Rambut kusut-masai dan mata Hazwini kelihatan sembap.

"Ibu.....! Hiks, hiks, hiks.. Kakak takut..." dia menangis dalam dakapan ibunya. Pn. Hawa yang masih bertelekung membalas pelukan Hazwini. Sambil itu, tangan kanannya lembut mengusap rambut anaknya yang serabai itu.

"Jangan takut sayang... Ibu ada," pujuk Pn. Hawa cuba menenangkan Hazwini sudah mengiggil hebat. Jika perasaan takut itu datang memang anaknya akan mengiggil seperti ini.

Hazwini terdiam seketika. Dirinya terbuai dengan usapan ibunya.

"Dah sayang... Jangan nangis-nangis. Buruk nanti muka tak ada siapa yang nak nanti,"

Pelukan mereka terurai. Tetapi Hazwini masih lagi terdiam.

"Pergi mandi dan solat. Lepas tu pergi dapur tolong ibu masak. Ibu rasa, ibu nak buat nasi lemak ayam berempah untuk sarapan pagi ni... Nak tak?"

Laju Hazwini menangguk. "Okey...," jawab Hazwini lalu masuk ke biliknya kembali.

"Ibu tahu apa yang kamu rasa sayang..."

Makin lebat air matanya Hazwini di sebalik pintu mendengar kata ibunya. Perlahan tetapi masih dapat didengari.

KEHULUR-KEHILIR Haziq Raiyyan. Rasanya cukup satu rumah dia berjalan sambil berfikir di manakah ps4 diletakkan kali terakhir sebelum dia tertidur.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now