🌼Bab 23

1.9K 123 9
                                    

Airil Adryan meletakkan dahinya di atas stereng kereta. Penat. Sekian dua jam setengah dia telah memandu tanpa berhenti.

"Hoi, bangun! Dah sampai!"

"Hmm, jangan kacau lah! Nampak tak orang tengah tidur ni?!" Kata Hazwini malas dengan mata yang terpejam.

"Ohh tak nak kacau eh? Tak apa... Tak apa... Biar hari ni yang balas dendam kat kau. Selama ni asyik kau je..." Tersenyum sinis Airil Adryan bila melihat botol mineral yang dipeluk elok oleh Hazwini. Air mineral yang dibeli semasa beli di RnR semanggol pagi tadi.

Dengan perlahan-lahan dia mengambil botol mineral dari pelukan Hazwini. Kemudian dia membuka penutup botol itu lalu menuangkan sedikit air dalam botol itu ke wajah gadis yang lena dibuai mimpi. Bukan sedikit dia tuang tetapi hampir sebotol dia menghabiskannya!

Benda apa yang basah ni? Omel Hazwini dalam hati. Tangannya menyentuh permukaan mukanya.

"Arghhh!" Jerit Hazwini bila separuh dari badannya sudah lencun kebasahan.

"Diam woi. " Cepat-cepat Airil Adryan menekup mulut Hazwini menggunakan badan botol air mineral.

Hazwini yang terkejut mulutnya ditekup dengan sesuatu terus meronta-ronta untuk melepaskan diri. Keadaan yang dialaminya ini seperti kejadian hitam yang pernah dilaluinya pada 9 tahun yang lalu. Dimana dia pernah diculik semasa lawatan sekolah ke Port Dickson. Trauma! Walaupun berbeza untuk kali ini. Tekupannya agak keras.

"Arghh, lepaskan aku! Tolonglah...! Lepaskan aku!" Kata Hazwini dalam tangis. Kejadian hitam itu mula bermain di dalam layar fikirannya

"Wake up, Hazwini! Wake up! Throw away you fear... Ini aku lah, Airil Adryan!"

Hazwini tersedar matanya terbuka luas. Dia menoleh arah kanannya. Kelihatan Airil Adryan sedang merenungnya dengan wajah kerisauan.

"Hazwini..."

Pak!

Belum sempat Airil Adryan meneruskan kata, dengan kuat Hazwini menampar bahu sasa Airil Adryan.

"Kau buat apa tadi?!" tanya Hazwini dengan amarah. Dia tahu lelaki itu membuat sesuatu kepadanya tetapi dia tidak pasti.

"Buat apa?" jawab Airil Adryan dengan tenang. Macam tiada apa yang berlaku.

"Cakaplah!"

"Aku minta maaf... aku betul-betul tak sengaja!"

"Tak sengaja apa?!"

Airil Adryan mengeluh kecil.

"Tertekup mulut kau guna botol. Sebab kau jerit tadi." jawabnya. Posisinya kembali menghadap streng kereta. Baginya itu bukan secara tak sengaja tapi betul-betul sengajakan. Selama ini dia asyik dipermainkan oleh gadis itu. Kali ini, rasakan!

"Kalau aku menjerit pun tak payahlah guna cara macam tu... Gu.. Gu.. gunalah..." ayat sudah cantik disusun dalam otak tiba-tiba sahaja ayat seterusnya untuk dikatakan itu hilang dalam otak.

"Nak aku cium kau ke boleh tutup suara kau menjerit tu?"

Pantas Hazwini menjawab. "Bu... Bu... Bukanlah! Dahlah cepat unlock! Aku nak keluar."

"Kalau dah perempuan..."

"Just shut up, Dr. Airil Adryan!" kata Hazwini dengan nada satu oktaf. Itu saja caranya untuk menutup malunya. Wajahnya sudah mula berbahang panas meskipun enjin kereta belum dimatikan turut dengan penghawa dingin yang masih hidup memberi kesejukan di seluruh ruang kereta mewah ini.

Tidak berkata apa lagi, Airil Adryan mematikan enjin kereta lantas juga pintu kereta dibuka.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

HAMPIR dua minit mereka berdua berdiri di depan sebuah pintu kayu tanpa berkata apa.

My Adore, Dr. Annoying Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin