The Kasyaf's Family: 1

6.4K 196 6
                                    

"Abang EL

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.





"Abang EL... Abang EL...."

"Kau tak payah panjat! Kau tunggu dekat bawah tu. Nanti aku ambilkan balloon," sahut EL.

Ligat kaki remaja lelaki itu memanjat dahan pokok sembari tangannya menggapai ballon putih yang terperangkap di celahan ranting kecil.

"Nah... Bagi sini bag kau, aku ikat tali ballon ni dekat bag."

"Hehe... Seng kiu abang EL," kata Tiara.

"Itulah... Tak ada gigi depan. Thank you, bukan seng kiu. Hahahaha." EL mengusik.

Buku lukisan dipegangan tangan dibaling tepat ke arah wajah EL.

Zap!

"Ow! Sakit lah... Kau ni kan, garang sangat. Tak padan dengan comel!"

"Huwaaa!!!" Boleh tahan juga suara si kecil molek berusia enam tahun itu meresik. Hampir memenuhi seluruh kawasan bustan.

"Ye lah... Ye lah. Sorry, princess. Dah tak payah nangis. Aku tak suka tengok kau menangis," pujuk EL.

Bungkusan gula- gula chocolate mampu mematikan tangisan bingit Tiara. Itu saja taktik EL memujuk si princess apabila dia puas mengusik budak tersebut.

Keluasan halaman di belakang Mahkota Villa sangat luas, dilengkapi dengan taman permainan dan bustan secara persendirian.

Mata lunak EL memerhati lukisan yang dihasilkan oleh Tiara, sambil dia mengunyah gula- gula kegemarannya.

"Siapa kau lukis ni?" soal EL.

"Ni abang EL. Ni princesshh."

"Kenapa kau jadikan aku orang lidi? Kau genggam apa dalam lukisan ni? Mercun?"

"Bukanlah! Ni bunga... Princesshh bawak bunga shebab dah beshar nanti abang EL meshti kawen dengan princesshh," bidas Tiara.

"Bagi tumbuh dulu gigi depan kau tu. Tak ada gigi depan, aku tak nak. Hahahaha." Usik EL sekali lagi.

Dia lebih gemar memerhati kening Tiara berkerut seribu berbanding senyumannya.

Ada- ada saja point EL untuk mengusik. Anak mata si cengeng mula berkaca, kali ini didatangi satu genggaman penumbuk dilayangkan ke pipi EL.

Buk!

"Ow! Kau ni perempuan ke lelaki? Ganas betul." EL mengusap pipi. Tiara tidak berfikir dua kali seketika dia melayangkan penumbuk.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora