The Kasyaf's Family: 79

1.7K 94 18
                                    

Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








Bukit Bintang, Kuala Lumpur

"Pandang kiri, saya duduk dalam cafe ni." Lambai Fadiya ke arah Seroja dari dalam cermin lut sinar cafe. Telefon pintar diletak kemas pada sisi wajah.

Hujan renyai- renyai mula membasahi bumi Kuala Lumpur. Senja petang bakal berangkat pergi.

Seroja dengan pakaian kurung moden dan dandanan rambut braid melewati pintu cafe dan terus berpelukan dengan Fadiya. Lama tak bersua dek masing- masing kesibukan.

"Saya dah order untuk awak sekali. So, how are you? Tiara pesan tengok- tengokkan awak." Fadiya menyisip minumannya.

"I'm fine, kak Fad. Tak sibuk sangat sebab Puan Muda tak ada. Oh ya, betullah apa yang kak Fad cakap, Puan Muda tak dapat dihubungi, dari semalam saya call."

"Right?! Saya terpaksa cakap dekat awak, kalau cakap dekat abang Megat, mau nye dia terbang pergi Moscow, nasib baik sibuk kerja," keluh Fadiya.

"Tapi macam mana kalau ada apa- apa jadi dekat Tuan Muda dan Puan Muda?" Seroja kerisauan.

"Hopefully tak ada apa- apa. Tiara janji dia akan balas text saya lepas je perbicaraan tu. Kita tunggu sampai esok, okay?" Fadiya cuba menenangkan gadis itu.

"Okay kak Fad."

Makanan dijamah sambil mereka berborak berkenaan rutin harian masing- masing. Tidak dinafikan persahabatan Fadiya, Seroja dan Tiara saling tak tumpah seperti adik beradik.

"Kak Fad ni cantik sangatlah kalau bermake-up. Hehe memang layak jadi model." Seroja memuji ikhlas.

Dari tadi dia membelek majalah dari anak syarikat K.E Entertainment. Wajah Fadiya sebagai duta produk kosmetik, memenuhi muka utama majalah tersebut.

"Thank you, si manis. Awak pulak tak nak cuba bidang peragaan? Awak ni natural beauty tau tak? Macam Tiara tu."

"Saya tak selesa diambil gambar." Seroja menekur pandangan ke lantai.

"Ye tak ye jugak. Oh ya, tapi awak minat bahagian dandanan, bukan? Awak patut try bidang jurusolek. Minta Tiara jadi penaja, mesti dia nak punya." Fadiya berkata selamba.

"Seganlah kak Fad. Nama Puan Muda sekarang dihormati dalam semua anak syarikat K_E EMPIRE. Saya ni cuma P.A je." Seroja sangat lemah lembut ketika berbicara. Tak hairanlah Seith membuaya dua puluh empat jam bila berhadapan dengan gadis ini.

"Halah... halah awak ni. Be confident! Semua anak syarikat K_E EMPIRE sentiasa sediakan macam- macam tajaan untuk individu yang berminat sambung belajar. Kalau result awak cantik, awak diserap masuk mana anak syarikat diorang tau." Fadiya menghujahkan fakta.

"Tak terlambat ke nak sambung belajar? Saya ni sampai SPM je," soal Seroja.

"Nak timba ilmu mana ade had umur. Lepas SPM tu bukan pengakhiran tau, tu permulaan sebenar nak melangkah ke alam dewasa. Maksudnya, masa depan bergantung dengan pilihan awak sendiri. Percaya dengan potensi awak Seroja. Awak tu muda lagi. Kalau minat, just go on. Teruskan cari ilmu supaya dapat banyak pengalaman. Pengalaman dan pengetahuan akan bawak awak melangkah jauh tau tak?" Fadiya memulakan sesi kaunselingnya.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now