The Kasyaf's Family: 44

2K 86 13
                                    

Tiara terjaga dari tidurnya

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.












Tiara terjaga dari tidurnya. Terlentang memandang siling bilik Elhasiq tanpa bergerak.

Sudah dua minggu begini... Dia yakin malam semalam Tiara tidur di atas sofa di living room tingkat kelima itu, apabila pagi menjelma, Tiara akan bangkit di dalam bilik tidur si suami. Bermakna tabiat tidur berjalannya masih aktif.

Jahitan sudahpun diceraikan dari kulit wajahnya, luka pula beransur pulih. Dalam pada itu, emosi Tiara juga menunjukkan sedikit perkembangan yang baik meskipun tidak pulih sepenuhnya dari trauma apabila dia sentiasa menghadiri sesi rawatan daripada doktor psikologi keluarga itu.

Krokk~~ Krokk~~

Sejurus Tiara membuka mulut menguap tak ingat dunia, terlebih dahulu perut berkeroncong sebelum benak memikirkan menu sarapan.

Tubuh yang cuba dibangkit dari katil terbantut apabila hangat dari duvet yang bewarna hitam memenuhi tubuhnya.

Sempat Tiara membawa helaian duvet perlahan ke ruang nasal. Wangian si suami memenuhi tubuhnya apabila dia tidur berselimutkan duvet dari semalam.

Seketika Tiara termenung sambil menghayati bauan tersebut. Kelopak matanya tertutup perlahan. Mungkin wangian itu antara salah satu penyebab lenanya.

Biarpun berjuta persoalan membelenggu benaknya selepas mendengar perbualan Elhasiq dan Deena Rose, sekelumit suara hati Tiara percaya bahawa si suami mempunyai sebab tersendiri dalam menyembunyikan perkembangan kes ini daripadanya.

Pendek kata... Tiara membutakan kemusykilan Megat terhadap Elhasiq.

Bzzzttt~~

Cuping telinga menangkap bunyi slow juicer yang menghasilkan juice carrot sebagai penyegar tekak di pagi hari.

Elhasiq kelihatan tenang menyediakan creamy shrimp and crab bisque dan beberapa juadah sarapan yang lain. Pemuda itu langsung tidak kekok memasak pelbagai juadah sihat dalam satu masa. Sisi yang jarang dilihat.

Ruang kitchen tingkat kelima lebih kepada reka bentuk dapur moden dan bewarna metallic black and dark grey. Bersesuaian dengan warna kegemaran Elhasiq.

'Abang EL tak pernah cakap pun dia pandai memasak? Wanginya masakan abang EL~~'

Persoalan hanya terucap di dalam hati. Kepala pula timbul di sebalik sliding door kitchen. Anak mata coklat cerah Tiara mula terpukau dengan ketulan otot Elhasiq dari arah belakang memandangkan si suami tidak mengenakan T- shirt. Cukup sekadar jogger pants bewarna kelabu.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя