The Kasyaf's Family: 86

1.8K 74 9
                                    

Selesai saja Tengku Zariel meletakkan Khaleed di atas sofa, urat jantung Tiara bagai disentak setelah dia melihat Lily dan Tengku Zariel bergegas memasuki bilik tersebut

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.







Selesai saja Tengku Zariel meletakkan Khaleed di atas sofa, urat jantung Tiara bagai disentak setelah dia melihat Lily dan Tengku Zariel bergegas memasuki bilik tersebut.

Tiara semakin bingung. Ternyata amukan suaminya belum reda. Inikah 'sisi keburukan' yang dimaksudkan oleh Elhasiq kepadanya sebelum ini?

Tiara hanya membatu dirinya untuk beberapa ketika. Apa yang pasti dia tidak mahu berjauhan dari Elhasiq. Dengan setia Tiara memeluk kepala lutut dan bersandar.

Kemudian, Fadiya melangkah masuk ke dalam cabin lalu mencapai tangan si sahabat. Namun Tiara tetap berdegil. Kepala digeleng laju.

Tangan pula menggenggam erat tombol pintu di ruangan koridor bagi mengelak langkahnya membuntuti Fadiya keluar.

"Tiara Delima! Kau takkan dapat buat apa- apa. Kita kena tunggu di luar," tegas Fadiya.

"Aku... aku taknak. Tol-- tolong jangan pisahkan aku dari abang EL lagi... tolong Fad... aku merayu, tolonglah..." Tiara merayu dengan wajahnya yang lebam. Air mata turut membasahi pipi sehinggakan dia teresak- esak.

Melihat keadaan Tiara yang tertekan dan lemah membuatkan Fadiya turut menangis. Dia memeluk erat sahabat karibnya.

Fadiya bersimpati akan nasib Tiara dan Elhasiq yang sentiasa terpisah sehinggakan Tiara mengalami trauma.

"Shh-- tolong bertenang, babe. Bawak bersabar. Kalau Tuan Muda nampak kau dalam keadaan macam ni, kawan- kawan dia semakin susah nak kawal Tuan Muda. Kita keluar eh? Okay?" pujuk Fadiya.

Biarpun dia turut menangis, air mata Tiara terlebih dahulu diusap oleh gadis itu. Pujukan Fadiya akhirnya membuatkan Tiara mengangguk pasrah.

Sekali lalu, Fadiya membantu Tiara untuk bangkit dari duduk. Tangan Tiara yang menggenggam tombol pintu tadi, secara spontan membuka pintu bilik tersebut.

Kedua- dua mereka menebarkan pandangan ke sebuah bilik yang mencurigakan.

Entah kenapa kemusykilan Tiara mendorong jasad untuk menerjah masuk. Lebih- lebih lagi apabila dia menghidu wangian yang sangat familiar dengan wangian kegemaran arwah ibunya.

Benar... bilik tersebut dipenuhi dengan wangian kegemaran Maleeka. Tidak mungkin Tiara melupakan wangian ibunya, memandangkan dia juga memakai perfume yang sama. Iaitu wangian khas berasaskan bunga 'Gardenia'.

Tiara meneruskan langkah. Tangan Tiara merayap di dinding bilik mencari suis lampu. Dek kerana sifat ingin tahu Fadiya dua kali lima dengan Tiara, dia hanya membuntuti langkah si sahabat.

Ting!

Cahaya lampu akhirnya terbit dari mentol yang kekuningan, setelah suis yang berpandukan seutas tali ditarik oleh Fadiya.

Genggaman dua sahabat kemudian erat diantara satu sama lain apabila mereka berdua perlahan- lahan menuruni anak tangga.

Ternyata bilik yang berhadapan dengan bilik di mana Elhasiq berada sekarang sangat berbeza.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin