The Kasyaf's Family: 45

2K 98 13
                                    

Bzztt~!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










Bzztt~!

Getaran telefon pintar membangkitkan Elhasiq dari lena. Suasana bilik amusement arcade masih diterangi setiap cahaya lampu di segenap sudut.

Anak mata tertutup sedikit dek silau cahaya dari setiap permainan elektronik. Koleksi permainan video games, mesin pinball, air hockey, basketball arcade games, meja snooker dan permainan arcade yang lain membanjiri ruang lega bilik itu.

"Good morning brother."

Terlebih dahulu Tengku Zariel menyapa dalam panggilan telefon.

"Mmm... What's up Riel?"

Soal Elhasiq dalam nada malas. Suara garau baru bangkit dari tidur.

"Aku dah dapat jawapan berkenaan panggilan terakhir ke telefon pintar Uncle Eidlan 14 tahun lepas. Kau cakap suara Tiara, bukan?"
(Rujuk chapter 17)

Tengku Zariel tidak membuang masa akan tujuannya. Jelas, soalan yang lurus dan tiada simpang itu inginkan kepastian.

"That's right," keluh Elhasiq.

"Aku ada berita baik dan berita buruk pasal result siasatan tu," kata Tengku Zariel.

Mata mengantuk Elhasiq terus membulat. Penantian kepada persoalannya selama ini akhirnya membuahkan hasil.

Perlu diketahui, tugas utama itu dikhususkan kepada Tengku Zariel dalam diam, sebaik saja Elhasiq pulang ke tanah air. Tengku Zariel cekap mencari maklumat menggunakan pengaruhnya dalam diam.

"Are you sure, kau dapat jawapannya Riel?" soal Elhasiq. Dia inginkan kepastian.

Degupan jantungnya dalam tempo yang tidak normal. Gemuruh dan cuak mula bercampur baur di dalam hati. Sudah lama dia menanti jawapan tersebut.

"Yes. Tapi kita tak dapat bincang dalam panggilan ni, brother. Aku tunggu tempat biasa," balas Tengku Zariel yakin.

"Got it. Bagi aku setengah jam."

Panggilan ditamatkan. Elhasiq cuba bangkit dari baring serta- merta. Namun, dia terasa bebanan berat di lengannya.

Hangat sisi wajah Tiara bertindih dengan lengan kekar si suami. Rupa- rupanya semalaman mereka tertidur di atas multi directional sofa.

Situasi itu berlaku akibat melayan karenah Tiara yang tidak berpuas hati asyik kalah dalam permainan lumba kereta playstation video games.

Kedua mereka menelaah permainan itu dari tengah malam sehingga empat pagi. Dek kerana terlalu penat, kedua-keduanya tertidur di dalam bilik tersebut.

Elhasiq siap meletakkan si isteri dalam pelukan erat supaya Tiara tidur berbantalkan lengannya.

'Kalau aku tak turutkan karenah kau malam tadi... Mesti mulut dah muncung siap boleh jadi gelungan karpet. Manja. Degil. Tak nak kalah. Hmm... Nasib baik malam tadi kau tak alami sleepwalking, princess."

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now