The Kasyaf's Family: 91

2K 75 16
                                    

Tujuh tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








Tujuh tahun kemudian...

Rutin Tiara pada hari ini nampak kelam kabut, mana tidaknya... tarikh keramat sudahpun tiba.

Kepulangan tiga cahaya mata milik Tiara dan Elhasiq bakal tiba di airport Tengku Zariel. Beberapa buah kenderaan sedia menanti tidak jauh dari kawasan pesawat peribadi yang berkunjung tiba.

Saat melihat kelibat tiga kembar yang sudahpun menginjak usia tujuh tahun itu, Tiara tersenyum lebar. Bakal pewaris legasi K_E EMPIRE melambai si ibu tatkala mereka menuruni private jet.

Langkah dimulakan oleh Tuan Muda Muhammad Arash Dzulkarnain. Tuan Muda Muhammad Eshal Jibran dan Tuan Muda Muhammad Kayden Omar. Arash dan Jibran masing- masing membawa piala.

Elhasiq menjadi wakil dalam menghadiri setiap perlawanan sukan mereka. Memandangkan minat anak- anaknya sangat berbeza.

Arash memenangi piala emas dalam pertandingan catur peringkat antarabangsa. Padan dengan IQ nya yang pintar, santai dan bersahaja. Dalam ketiga- tiga kembar itu, Arash Dzulkarnain sangat memenuhi kriteria untuk menerajui K_E EMPIRE.

Biarpun kembar, Eshal Jibran pula sinonim dengan gelaran personaliti anak kedua. Hal ini kerana karakternya hyperactive, sangat nakal dan berani. Pelajaran? Memang Jibran tak minat. Akan tetapi, kelebihannya terletak pada kecergasan fizikal. Pada usia muda, Jibrain sudahpun mengikuti aktiviti lasak seperti sukan motorcross yang sesuai dengan peringkat umurnya.

Kembar ketiga pula berperwatakan manja dan sangatlah dramatic. Kayden Omar nama diberi. Mengikut rentak Tiara, Kayden meminati bidang seni. Aktiviti lasak dan memenatkan memang dia tak minat. Kayden lebih suka berperap di dalam rumah agam bersama lukisan. Biarpun begitu, setiap hobi anak- anak tidak pernah dilarang oleh Tiara mahupun Elhasiq.

"Yeayy! Rindu mama!" Suara Jibran mendominasi tiga kembar itu. Sempat pula dia menolak Kayden menggunakan punggung. Melihat keadaan itu Arash dan Elhasiq hanya tertawa kecil.

"Eee! Abang Jibran ni main tolak- tolak pulak!" rengek Kayden.

"Alala sayang, anak mama..." Tiara mendakap ketiga- tiga puteranya.

"Mama, Arash juara lagi." Arash mengucup tangan si ibu. Lalu ciuman jatuh pada dahi Tiara. Dari kecil Elhasiq mendidik supaya mereka berbuat begitu.

"Tahniah putera mama. Mama bangga dengan usaha Arash. Jibran pulak macam mana? Papa cakap Jibran ada luka pada lutut?"

"Tak sakitpun mama. Jibran kan anak mama yang paling kuat. Hehe." Terlihat lekuk lesung pipit saat Jibran tersengih bangga.

"Bukan kau menangis masuk bilik aku ke semalam?" Soal Arash tenang.

"Mana ada!" Siku Jibran hampir mendarat pada perut Arash. Namun refleks Arash lebih kurang dengan si ayah, jadi dia terlebih dahulu menahan.

Sempat dua beradik bergusti manja. Tiara dan Elhasiq hanya menggeleng perlahan. Malas nak masuk campur.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now