The Kasyaf's Family: 78

1.6K 80 7
                                    

Solnechnogorsk, Moscow

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







Solnechnogorsk, Moscow

Helicopter yang membawa Tiara dan Indra mendarat di salah sebuah bandar yang berdekatan dengan Moscow, iaitu bandar Solnechnogorsk.

Pengangkutan udara itu parkir di sebuah lapangan terbang peribadi.

Tiara masih tidak sedarkan diri diangkat erat oleh Indra menuruni helicopter. Kelihatan saja sekumpulan orang asing menanti mereka berdua.

Envelope hitam berisi hard disk drive membekalkan maklumat O.D.S bertukar tangan dengan salah seorang dari sekumpulan orang asing.

Dalam bahasa asing, Indra berbicara dengan sekumpulan lelaki itu.

Terjemahan;

"Wow. Kau betul- betul dapatkan maklumat organisasi ni. Hahahaha! Maklumat berharga. Kalau nak tunggu Petra Dilan, memang tak balik modal." Salah satu dari mereka memeriksa kandungan lengkap dari hard disk drive.

"Indeed. I've told you about this... Dilan cuma pergunakan pengawal kamu semua. Tak ada jaminan Dilan akan berjaya keluar dari situ. Kita tak perlu ambil risiko tersebut." Indra membalas dengan tenang.

Dengan bersahaja dia melabuh punggung di kerusi. Dakapan erat tidak terlepas dari tubuh Tiara.

"That's right. Tawaran kau lebih membuahkan hasil! Mujur pengawal yang aku pinjamkan tu memberi pulangan balik. Hahaha! Sekarang... Ini bayaran yang kau minta."

Lalu mereka menghulur bagasi hitam berisi passport dan maklumat indentiti baru kepada Indra.

Nama yang tertera pada isi kandungan bagasi  tersebut ialah dokumen nama Devian Hansell dan Maleeka. Ya... Indra akan menukar identiti Tiara kepada nama Maleeka.

Indra yang usai memeriksa terus tersenyum puas. Anak mata jatuh pada wajah Tiara yang masih tidak sedarkan diri.

"Jadi inilah bunga yang kau petik? Sampaikan kau jadikan maklumat O.D.S sebagai bayaran?" Salah seorang dari mereka menyoal apabila dia melihat Indra bersenang hati mengucup bagasi dan mengusap kepala individu yang tidak sedarkan diri.

"Aku tak petik... aku hapuskan kumbang yang cuba hinggap dekat bunga ni. Memandangkan dia HAK MILIK AKU." Indra langsung tidak berselindung mengucup dahi Tiara lalu pelukannya semakin ketat.

"Dan sekarang ingat... urusan perniagaan kita sampai di sini. Hapuskan peranti komunikasi kita selepas ni," tegas Indra.

Dia mencapai bagasi kelabu dan bergerak ke arah sebuah pesawat peribadi didaftar di bawah nama pemilik lain. Semuanya sudah tersedia sebagai bayaran hard disk drive tadi.

Krak!!!

Cable tie mengetat kedua- dua pergelangan tangan dan kedua kaki Tiara yang duduk di kerusi penumpang.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now