The Kasyaf's Family: 85

1.8K 77 18
                                    

Selang beberapa minit Tengku Zariel dan Seith masuk ke cabin

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.








Selang beberapa minit Tengku Zariel dan Seith masuk ke cabin...

Bam!

Tengku Zariel melesat dari pintu utama.

Prang!

Seith pula tercampak dari jendela cabin lalu jatuh ke tanah.

Membulat anak mata Dato' Ukail, Megat dan Tiara melihat keadaan tersebut. Seroja pula segera menyembunyikan wajah takutnya di belakang Fadiya.

"Awak semua tak dapat redakan dia?" tanya Megat.

"Redakan??? Nak dekat dengan dia pun susah. Awak tengoklah apa jadi dekat dua orang tu," sahut Lily.

"Lily! Could you please help me out?!!" jerit Seith pula.

"What?!! Kau tak nampak ke aku sibuk rawat Ferhan ni?!" Entah apa yang cuba dirawat gadis itu. Luka Megat sudahpun dibalut kemas oleh Tengku Zariel.

"Kau tak payah nak lovey dovey, mangkuk! Come here!" Seith bercekak pinggang. Boleh pula dia mengabaikan Tengku Zariel yang bertungkus lumus menghalang Elhasiq seorang diri.

"No! I'm busy! Ferhan minta aku temankan dia!" sahut Lily spontan. Megat yang kehairanan hanya membiarkan saja Lily melabuhkan punggung di sebelahnya.

Oleh kerana Seith sibuk berperang mulut dengan Lily, Tiara mengambil kesempatan meluru melewati Seith dan masuk ke dalam cabin.

"Babe! Aduhh!!" dengus Fadiya.

"Tiara! Oh My God. Suami isteri ni..." Lily semakin pening.

"Takkan aku nak sentuh Kak Long? Tak pasal- pasal Tristan gulaikan aku sekali dekat sini." Seith hanya mampu mengepung langkah Tiara dengan anak matanya.

Megat dan Dato' Ukail yang letih menahan sakit, hanya mampu menggelengkan kepala.

"Hahh~... I knew it." Keluh Khaleed kemudiannya. Dia yang duduk berehat di dalam kenderaan sejak tadi mulai bangkit.

Bahu masih terasa ngilu akibat tembakan Arjuna. Apakan daya, nak tak nak dia kena hulurkan bantuan untuk reda amukan si sulung.


✦────⊱❅•••••••••••••••••••••••••❅⊰────✦


Kaki yang meluru masuk ke cabin tadi terus terpasak. Imbasan tersebut ternyata benar- benar menghuru- harakan jiwa Tiara.

Keadaan ruang tamu bagai dihempas angin taufan. Kerusi dan meja tersasar dari posisi sebelumnya. Barangan lain pula berhamburan di lantai.

Yang pasti, niat Tiara hendak membantu meleraikan amukan Elhasiq turut terbantut, tatkala dia melihat si suami hampir menyerang Tengku Zariel apabila lelaki itu terpaksa menghalang serangan ganas berterusan ke atas Indra.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя