The Kasyaf's Family: 47

1.9K 78 27
                                    

Ibiza Town, Spain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.














Ibiza Town, Spain

Penerbangan yang memakan masa hampir sehari itu akhirnya membawa mereka semua ke sebuah hotel mewah milik 'Keluarga Ivan' iaitu keluarga Tuan Muda Seith Harith di bandar Ibiza Town.

Percutian untuk rakan keluarga yang ditaja oleh K_E EMPIRE sudahpun bermula.

Ibiza Town, Spain menjadi pilihan. Antara tarikan pelancong di bandar itu ialah night club. Tidak asing lagi dengan perwatakan Tuan Muda Seith yang masih gemar untuk menikmati zaman bujangnya.

Disinilah 'Keluarga Ivan' membuka cawangan perniagaan perhotelan dan pusat hiburan. Senang si anak tunggal, iaitu Tuan Muda Seith Harith untuk bersuka- ria dan 'membuayakan' diri.

Dia sudahpun dengan pakaian santai dan kaca mata lutsinar menanti rakan sahabat, Puan Sri' Yomna, Puan Jasmine, Dato Ukail dan Dahlia di pintu lobi.

Fadiya dan Seroja pula membuntuti langkah Megat Ferhan yang berjalan di belakang Indra, Elhasiq dan Tiara. Masing- masing keluar dari kenderaan yang disediakan oleh 'Keluarga Ivan'.

"Hello Grandma~ it's good to see you."

Pelawa Tuan Muda Seith, senyuman manis menampakkan gigi taringnya meningkatkan lagi kemanisan wajah.

"It's good to see you too, Seith... Mana daddy you? Tak ada di Spain?" soal Puan Sri'.

Staff hotel memunggah bagasi dari setiap kenderaan yang tiba.

"Daddy masih bertugas di O.D.S sebab banyak urusan, daddy cakap sorry tak dapat sambut kedatangan 'Keluarga Kasyaf'," kata Tuan Muda Seith.

"Tak apa, Grandma faham... Seith dah jadi wakil untuk daddy sambut kami, bukan?"

"Of course Grandma... Tetamu yang sangat dinanti- nantikan. Saya tak nak lepaskan peluang."

Sesekali anak mata ditebarkan ke arah Seroja, ketika dia mengangkat wajah dari mengucup tangan Puan Sri'.

"What's up brother~" ucap Tuan Muda Seith ke arah Elhasiq yang masih tidak melepaskan pegangannya ke atas Tiara.

Elhasiq hanya mengangguk sedikit. Wajah yang tidak berekspressi dek terpaksa mengikuti percutian dirancang oleh Grandmanya.

Dia yang masih sibuk dengan urusan perniagaan terpaksa mengosongkan jadual, memandangkan Grandma ingin memaklumkan urusan penting kepadanya.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now