The Kasyaf's Family: 72

1.9K 89 37
                                    

Tiara tersenyum pahit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








Tiara tersenyum pahit. Sebak di dada terbuar. Bibirnya terketap. Kelopak mata menampung empangan itu menatap sayu belakang figura sasa yang duduk bersandar pada sofa empuk di balkoni tingkat tersebut.

Kelihatan saja Elhasiq membelek foto Tiara dari paparan telefon. Dengan iklim yang sejuk, gugusan salji juga masih turun perlahan, namun Elhasiq dengan tenang tidak mengenakan T-shirt, dalam sejuk, lelaki itu berpeluh.

Tak lain tak bukan. Dia baru sahaja menjalani rutin hariannya. Work out adalah keutamaan bagi Elhasiq.

Dalam keadaan itu, Elhasiq langsung tidak menyedari keberadaan Tiara yang timbul kepalanya di sebalik sliding door.

Anak mata coklat cerah Tiara tidak lepas melihat sisi wajah tegang Elhasiq dari tadi. Biarpun sedikit takut, Tiara cuba bergerak perlahan dan...

Zap!

Badan Elhasiq terdorong ke hadapan tatkala Tiara memeluk tengkuknya dari belakang. Tanpa memalingkan wajah, ruang nasal Elhasiq segera mengenali akan gerangan pemilik wangian itu.

"Rindu abang..." Hampir tidak keluar suara Tiara yang menahan sebak.

Suara itu sungguh gemersik dari sudut pendengaran Elhasiq. Tidak semena- mena senyuman manis lelaki itu timbul. Isteri tercinta sudahpun kembali kepadannya.

"Sayang???"

Nada teruja kedengaran sebaik saja Elhasiq memaling wajah ke sisi, sehinggakan hidung mancung berlaga ke pipi Tiara.

Magma kerinduan dimuntah menjadi larva, terus lengan kekar menyauk belakang pinggang Tiara lalu ditarik.

Dan sekaligus Tiara jatuh ke riba. Tangan si isteri mendarat ke bahu Elhasiq.

"My princess." Elhasiq seakan- akan tidak percaya. Tiara benar- benar di hadapannya.

Terus kepala direhatkan pada bahu si isteri. Kedengaran keluhan berat terhela. Elhasiq mengunci kedua lengan di belakang Tiara.

"Hahh~~ I'm glad you're safe. Abang terlalu rindukan sayang. I miss you so much Tiara Delima. My precious wife. My soulmate. My princess. My love. My everything..." Nafas panjang dihela penuh kelegaan.

Berpandukan kalimah kasih yang dibicara, begitu juga ciuman hangat turut mendarat ke seluruh wajah Tiara.

Rindu yang tak terhingga langsung tidak diselindung oleh Elhasiq. Sampaikan Tiara melarikan wajahnya sambil ketawa kecil.

"Hehehe." Tawa Tiara turut mendorong Elhasiq untuk mengukir senyuman ikhlas.

"Tak rindu abang? Hmm?" Anak mata Elhasiq sengaja mengepung wajah yang segan ditenung dari tadi.

"Mestilah rindu. Rindu sangat- sangat," bisik Tiara. Tangan suami dikucup perlahan.

Elhasiq tersenyum manis sehingga lekuk lesung pipit terbentuk pada wajah tampan miliknya.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now