The Kasyaf's Family: 34

2.2K 97 8
                                    

"Where's Riel?"

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.








"Where's Riel?"

Seith terlebih dahulu menyoal Khaleed yang sudahpun tiba lebih awal. Salam gaya lelaki dihulur antara satu sama lain.

Mereka bertiga segera memandang ke arah Tengku Zariel. Dimana, pemuda itu dan Elhasiq kelihatan sibuk berbincang sesuatu.

"Riel nak kau check cctv di sudut pintu atas bangunan," kata Khaleed.

"Got it." Terus Tuan Muda Seith bergerak tanpa banyak soal.

Mereka tidak mahu menarik perhatian pelanggan VIP yang menaiki penerbangan pada hari berkenaan. Jadi mereka bergerak setenang yang boleh.

"Aik?? Bukan abang EL pergi sini jugak ke? Apasal aku tak nampak abang EL??" Suara Tiara berbisik perlahan. Bak cendawan kepalanya timbul sebaik saja cermin belakang teksi diturunkan.

Anak mata melilau mencari kelibat kenderaan si suami. Namun kereta Elhasiq tiada di situ.

Yang ada hanyalah susunan kereta mewah yang parkir elok di luar kawasan carpark.

"Urm... Encik, saya nak ke tempat lain pulak. Ikut alamat ni tau." Pinta Tiara sebelum teksi itu meluncur pergi.

"Puan Muda dah beredar, Tuan." Indra melangkah ke arah Elhasiq. Mujur kenderaan mereka parkir di garaj peribadi Tengku Zariel.

Tanpa Tiara peka, dari tadi Elhasiq memerhati kelibatnya melalui cermin gelap besar tingkat kedua airport. Dia dan Tengku Zariel masih berbincang dengan beberapa orang pegawai.

'Kau ni memang degil, Tiara.' Keluh Elhasiq berat di dalam hati. Jemari pula berulang kali mengurut lembut batang hidung sendiri.

"Kau ikut teksi tu. Aku nak tahu isteri aku balik dengan selamat."

"Baik Tuan Muda." Langkah yang pantas sehingga bayang Indra hilang dari pandangannya.



" Langkah yang pantas sehingga bayang Indra hilang dari pandangannya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.




Seith bersandar di hadapan pintu bilik office milik Tengku Zariel. Kedengaran pula langkah Khaleed dan Lily tiba pada tingkat itu.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang