The Kasyaf's Family : 7

3.1K 123 2
                                    

"Err

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





"Err... Betul, boleh saya tahu macam mana Puan tahu?" Soal Tiara sambil mengangguk sedikit. Mulalah benaknya mendandan seribu persoalan.

"Well... Well... Well... You looked just like that woman, huh? Tak hairanlah, si Ukail masih gila bayang dengan kematian bekas dia tu. Rupanya inilah 'mutiara' yang diorang sorokkan selama ni." Sinis wanita itu.

Anak mata merenung Tiara dari hujung dress sehingga hujung kepalanya. Dah macam makanan pula gadis itu ditenung tajam.

Senyuman manis Tiara lalu mati sebaik saja isu sensitif baginya disebut begitu. Tak ada ribut, tak ada angin, sedap- sedap pula hambur ayat tak bertapis. Banyak cantik?

'Makcik... Makcik... Jangan timbulkan setan dalam kepala aku ni.'

Kepala Tiara masih mampu mengangguk sedikit sambil senyuman menghiasi ketapan gigi dalam diam. Dalam hati pula, dah berbisik dan menghembus api kemarahan.

"Let me introduce myself sweetie, You can call me Madame Rania. Bekas isteri kepada bapak kau yang pengecut tu, and colleague bapak kau di bawah syarikat K.E Corporation."

Diam. Tiara masih membisu. Namun pandangan mata si gadis itu ibarat sinaran x-ray, renungan yang mampu menembusi ke tulang Madame Rania sebaik saja mendengar angkuhnya wanita itu berbicara. Bawah bibir diketap perlahan sambil menahan aliran magma di dalam hati.

Indra pula hanya memerhati dalam diam perlakuan gadis di sebelahnya.

"Pfftt... Oh right, I forgot... Since Maleeka trying so hard to hide you from this cruel world, I'm sure you don't know me little girl. Nak aunty ajar you kehidupan di dunia sebenar? You tahukan, kehidupan di bawah tempurung cukup membosankan... Am I right?" Langkah Puan Rania semakin mendekati Tiara.

Senyuman terbit di bibir wanita memakai lipstik pekat bewarna maroon, sambil ayat provokasi kian menghiris hati. Wajah jelita yang tidak dimamah usia, namun pada zahirnya senyuman itu cukup tersirat.

"I'm sorry Madame, I think you shouldn't talk to her like..." Belum habis ayat Indra cuba mencelah, dia merasakan sisi badannya ditepis oleh Tiara.

Zap!

"Saya berbesar hati Puan kenal nama penuh saya yang dari bawah tempurung ni. Cantikkan nama tu? Nama yang ayah saya dan BEKAS ISTERI KESAYANGAN dia bagi," kata Tiara.

Sengaja disebut dalam nada yang agak keras. Darah muda jangan diajar bertikam lidah, sudah tentu adrenaline mereka melonjak naik. Tak kiralah tua atau muda, konsepnya mudah. Hormat orang kalau nak orang hormat kita.

"Hahahaha! Oh my goodness... Aku tak sangka pulak anak si perempuan jalang ni kurang ajar eh? Kau tak sayang mulut? Hmm?" Balas wanita itu.

Ibarat menyimbah minyak ke dalam api. Masing- masing cuba mendominasi pertengkaran halus.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now