The Kasyaf's Family: 41

2K 97 13
                                    

Cafe yang terletak di kawasan ground floor K

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.







Cafe yang terletak di kawasan ground floor K.E Corporation mula lengang sebaik saja waktu bekerja sudah bermula.

High heel milik Puan Jasmine melewati pintu automatik bangunan tersebut. Dia sengaja duduk berhampiran dengan cermin lut sinar cafe. Pandangan matanya terhala ke arah luar.

"Ni dah masuk dua bulan Puan Rania tak ada khabar berita, selesai je dia e-mail resignation letter. Condominium kosong, semua barang dia dah bawak keluar. Kenapa Puan Rania tiba- tiba pindah oversea eh?"

Telinga Puan Jasmine jelas merakam butir bicara dua staff yang melewati meja cafenya, meskipun tumpuannya ke arah MacBook. Dia termenung sejenak.

"Sorry for the wait, Jasmine. Banyak hal kena urus. So what's up?"

Dato' Ukail melabuhkan punggung berhadapan dengan Puan Jasmine. Megat Ferhan juga baru tiba.

"Good morning, aunty."

Angguk Megat sambil memisahkan dua butang suit sembari duduk di kerusi.

"Good morning, Megat. Tahniah atas kenaikan pangkat. Tak sangka Megat sekarang duduk sebaris dengan Director yang lain."

Ucap Puan Jasmine tersenyum manis. Dato' Ukail turut mengangguk sambil menepuk lembut bahu Megat. Mereka duduk bersembang.

"Alhamdulillah. Terima kasih aunty."

Pemegang saham mutlak iaitu Tuan Muda Tristan Kasyaf Elhasiq dan pemegang saham minoriti iaitu pelabur kecil di syarikat K.E Corporation mengambil sedikit masa dalam mesyuarat bagi melantik Megat Ferhan menjadi pelapis baru.

Megat Ferhan yang sudahpun bertugas lama di anak syarikat itu memegang potensi dan kredibiliti yang sangat efisien selama dia menjadi setiausaha kepada barisan Director.

Atas undian Tuan Muda Tristan dan Puan Sri' Yomna, Megat Ferhan akhirnya dilantik menjadi barisan Director termuda di K.E Corporation.

"Kamu memang berpotensi Megat. Sekarang, kamu akan duduk satu kerusi eksekutif dengan kami," tambah Dato' Ukail. Dia tidak dapat menutup riak gembira.

"Megat... Sabar ya? Mungkin ini hikmah untuk ujian yang kamu lalui," ucap Puan Jasmine.

Senyuman manis wanita yang tidak dimamah usia itu semakin pudar.

"Macam mana dengan Umi dan abah kamu bila diorang terima berita ni?" soal Dato' Ukail.

Dalam kegembiraan, mereka tidak dapat menutup rasa simpati. Apabila khabar berita bahawa Megat memutuskan pertunangannya dengan Dahlia.

"Don't worry about it, aunty. I'm fine," balas Megat sopan.

Senyuman manis terukir di bibir, menggambarkan bahawa dia tidak kisah. Malah, perkara itu berita baik buatnya.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora