The Kasyaf's Family: 15

2.5K 99 0
                                    

Perlahan dan penuh sopan suara seorang wanita mengenakan blouse bewarna krim dengan padanan seluar slack menampakkan lekuk hour glass

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







Perlahan dan penuh sopan suara seorang wanita mengenakan blouse bewarna krim dengan padanan seluar slack menampakkan lekuk hour glass.

Langkah teratur bergerak ke arah suasana hampir dilanda taufan kemarahan. Rambut ikal mayang bewarna light brown hingga ke paras punggung itu beralun lembut, ibarat satu tempo dengan langkahnya.

"Excuse me, is everything okay?"

Gulp~!

Hampir saja bukaan mulut Tiara terbuka luas, tatkala dia melihat keayuan dan kecantikan wanita di hadapannya.

Dia kenal raut wajah itu. Ya. Seorang pelakon terkenal dibawah naungan syarikat K.E Entertainment.

Berdiri pula di sebelah Megat Ferhan. Sudah tentu bagai pinang dibelah dua. Terus Tiara terasa kerdil bagai sebiji kentang di hadapan mereka berdua.

Suasana sunyi seketika. Angin bayu meniup lembut di petang hari, awan gelap mula bertandang, sehingga menggerakkan helaian rambut wanita jelita itu.

"It's nothing. Saya cakap nanti saya datang balik, bukan?" tegas Megat.

"What do you mean? Makanan dah sampai hampir 30 minit. I tak suka makanan tu sejuk tau. Kenapa berborak dekat sini, ajaklah kawan you sekali. Hello, nice to meet you, panggil saya Dahlia."

Senyuman manis terbit sambil jabat dihulur kepada Tiara. Indra pula hanya mengangguk sambil senyum, kedua- dua tangannya masih mendarat pada pintu penumpang.

"Dahlia, this is Tiara, sahabat karib Fad." Dalam nada mendatar Megat memperkenalkan Tiara. Pada pandangan matanya, kewujudan Indra tidak ada di situ, jadi tak perlu diperkenalkan.

"Hi, Miss Dahlia. Saya Nur Tiara Delima."

Teruja agaknya, lantas nama penuh diberi gadis itu. Segera dia bangkit dari duduk.

"Tiara Delima... I see. Saya selalu dengar kisah pasal awak dari Ferhan ni, saya pernah tengok Fad, tak pernah pula tengok awak?" Dahlia mempamerkan senyuman.

"Saya sekampung dengan abang Megat dan Fad. Ni baru pertama kali jejak sini. Tu lah tu," jawab Tiara seraya menggaru kepala yang tidak gatal.

"Urm... Maaf Miss Dahlia, abang Megat. Saya kena pergi dulu, dah lewat ni. Saya ada urusan," sambungnya lagi.

"Lah... Ye ke? Ingatkan nak ajak awak berdua makan sekali. Double date," usik gadis itu sambil dia menebarkan anak mata ke arah mereka semua.

'Double date?? Aduhh.... Sakitnya menusuk kalbu bestie. Crush aku ada date. Oh tidakkk.' Suara hati Tiara menjerit sakit.

"Eh takpa takpa. Saya pun ada date, eh! Mak... Maksud saya temu date, janji!"

'Haish! Time ni jugak nak tersasul bagai!'

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now