The Kasyaf's Family: 17

2.3K 106 6
                                    

"Maafkan Tiara, abang EL

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.







"Maafkan Tiara, abang EL. Tiara tak sepatutnya membabitkan abang EL dalam perkara ni. Kalau Tiara tahu dari mula lagi, Tiara tak akan teruskan rancangan ni... Tapi, Tiara dah sampai tahap ni. Ti-- Tiara tak nak berpatah balik."

Jelas Tiara sambil mengurut pelipis. Raut wajah gadis itu nampak kesal. Namun apa yang pasti dia sudah bersedia menanggung risiko akan tindakannya.

'Kejadian menimpa daddy berlaku sehari selepas kematian aunty Maleeka? So... Tiara tak tahu punca kematian daddy bukan kemalangan biasa  macam mana aku tak tahu punca sebenar kematian aunty?'

Setelah Tiara menjelaskan objektif sebenarnya untuk bertemu pemilik K_E EMPIRE, Elhasiq pula bagaikan terkedu mendengar kejadian sebenar menimpa aunty Maleeka. Memandangkan khabar berita dari laman sesawang hanya memberitahu bahawa ibu Tiara maut dalam kecelakaan jalan raya.

"Tiara."

"Ya?"

Elhasiq kemudian menyilangkan jemari. Tubuh badannya sedikit ke hadapan.

"Sebelum tu... Aku nak kau jawab jujur dulu soalan ni, boleh?"

"Okay, abang EL." Tiara mengangguk yakin.

"Pada hari kemalangan daddy aku, kenapa kau hubungi daddy untuk jemput kau di kondominium aunty Maleeka?" soal Elhasiq.

"Hahh??? Bila masa Tiara call uncle? Selepas kemalangan arwah mama, Tiara bermalam di rumah keluarga abang Megat dan Fad. Sebab waktu tu atuk dan aunty Jasmine sibuk uruskan pengkebumian arwah mama."

Zap!

Sekali lagi dia terkedu mendengar penjelasan Tiara. Kening Elhasiq bertaut pelik tatkala jawapan Tiara dijawab tanpa ragu.

'What the heck is going on?? Jadi... Kenapa daddy cakap dia dapat urgent call dari Tiara untuk jemput dia pulang? Siapa patut aku percaya?'

"Abang EL??? Okay tak ni? Kenapa tanya pasal tu? Siapa cakap Tiara called uncle Eidlan?"

Tapak tangan Tiara dilambai beberapa kali di hadapan Elhasiq bagi menarik perhatiannya yang masih termenung.

'No. Aku tak patut percaya Tiara terlalu awal. Nak siasat semua ni, princess mesti di dalam genggaman aku. It's okay, semua masih dalam keadaan terkawal.'

Lantas fokusnya kembali kepada gadis itu. Elhasiq melepaskan nafas berat.

"Jangan risau princess. Kita sama- sama selesaikan kes aunty. Mmm?"

"Okay, abang EL." Wajah sembap kelihatan penuh sinar harapan.

'Until the truth is revealed. I'll decide whether to lock you up or let you go, princess.' Pengakuan itu hanya bergema di dalam hati Elhasiq. Wajah Tiara dipandangnya, senyuman lega gadis itu memenuhi kornea mata Elhasiq.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant