The Kasyaf's Family: 50

2K 82 1
                                    

Tiara terkhayal sejenak ketika dia duduk bersandar memerhati cahaya keemasan memantul dari giant crystal chandelier

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










Tiara terkhayal sejenak ketika dia duduk bersandar memerhati cahaya keemasan memantul dari giant crystal chandelier. Kata- kata Puan Sri' dan Dahlia berarak di dalam setiap cabang fikirannya.

Benak kian bercelaru. Keliru. Marah. Sedih. Geram. Semua emosi dan daya berfikir bagai termendap di dalam satu jasad. Ibarat menanti letusan. Entah berapa lama lagi dia perlu menggagahkan diri, menanti perkembangan daripada Elhasiq.

Anak mata coklat cerah menjenguk ke arah pintu lif. Bayang tubuh Elhasiq, Grandma, Puan Jasmine, Megat dan Dato' Ukail masih tidak kelihatan. Tampak urusan mesyuarat tadi sangat sulit dan segera.

Bersama satu nafas berat, Tiara mengambil keputusan untuk mengayunkan langkah ke arah pintu utama. Dua pengawal yang sentiasa siap siaga memantau kawasan tersebut mula mengangguk kecil kearahnya.

"Puan Muda... kenapa berdiri dekat luar? Sejuk tau. Tolong pakai knitted cardigan ni."

Pantas Seroja menyelimuti bahu Tiara beralaskan pakaian tersebut. Dia tertegun melihat wajah sayu Tiara.

"Pu-- Puan Muda okay? Puan Muda tak sihat ke? Nak saya panggilkan Tuan Muda?" soal Seroja bertubi- tubi.

Tiara menggeleng kecil. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada Seroja.

"Saya okay, jangan risau. Erm-- Seroja, saya nak bersendirian sekejap, boleh?" pinta Tiara.

"Boleh Puan Muda," ujar Seroja.

Renungan Seroja bergerak mengiringi bayang Tiara yang tenggelam ditelan landscape bustan luas di hadapan Kasyaf's estate.

Bayu lembut mula menggerakkan awan yang berarak. Ruang langit dipagari bulan dan bintang menunjukkan waktu yang sesuai untuk bersenang- senang menghayati pemandangan malam. Cahaya lampu samar di setiap bustan menerangi seluruh kawasan taman tersebut. Dingin kian terasa, sehinggakan Tiara menggosok perlahan bahunya sendiri.

Langkah demi langkah, bayang Indra kelihatan duduk tenang pada patio furniture. Dia melakar potrait di dalam sketchbook. Saiz buku pula, sebesar tapak tangan. Indra kemudian tersedar akan kelibat Tiara, meskipun Tiara sedaya upaya mengatur langkahnya yang gontai.

"Puan Muda? Mana Tuan Muda?" soal Indra.

Pemuda itu kemudian bangkit dan mempelawa Tiara untuk duduk di kerusi berasingan.

"Tak apa, teruskan lukisan awak. Abang EL belum keluar dari bilik conference room. Saya nak ambil angin je ni," ujar Tiara.

Lantas Indra mempamerkan senyuman dan mengangguk kecil. Dia meneruskan lakarannya dengan tekun.

Tiara memerhati dengan saksama hasil seni Indra. Setiap lakaran dihasilkan dari sebatang pen.

"Boleh saya tengok?" soal Tiara.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now