The Kasyaf's Family: 28

2.3K 103 10
                                    

Dua bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







Dua bulan kemudian....



Persekitaran pelabuhan The H_Port kelihatan sibuk pada waktu malam. Dimana, jentera memunggah beberapa kargo yang telah tiba.

Beberapa buah van turut parkir sedia di dalam gudang, sementara pekerja lain memasukkan peti besi dalam bilangan yang banyak ke dalam van.

Segala kegiatan dilakukan dengan tangkas dan penuh tata tertib dengan pemantauan beberapa orang pemuda lengkap bersenjata api.

Sewaktu pagar automatik kawasan gudang terbuka, kenderaan Toyota Alphard bewarna hitam meluncur masuk. 

High heel merah jambu memijak tanah seraya bayang seorang wanita keluar dari tempat duduk penumpang.

Dahlia. Ikatan tinggi gaya pony tail menghiasi wajah menawan itu. Dia ditemani Dato' Zack yang turut keluar dari pintu yang berasingan.

"Zack. Aku dengar Ukail terlepas dari jerat, dan sekarang Rania disiasat dalam diam. Should I concern about that?"

Jelas dan tegas. Itulah suara yang berbicara dengan Dato' Zack di dalam panggilan sekarang.

Dahlia cuma mendengar dalam diam sambil pemerhatiannya fokus ke arah gudang. Hembusan asap rokok melewati angin malam, sebaik saja asap itu keluar dari bibir merahnya.

"Kita ada sedikit masalah boss, pihak atasan siasat Rania. Sekarang-- Pemilik K_E EMPIRE bukan lagi Puan Sri' Yomna, tapi cucu dia ambil alih syarikat di Malaysia ni. Nama dia---"

"Tristan Elhasiq?"

Terlebih dahulu lelaki di dalam panggilan telefon itu meneka dengan tepat.

"That's right. Macam mana boss tahu?"

"Well... Well... Well, finally. Hmm... Kau tak perlu tahu macam mana aku tahu pasal budak tu. Jadi sekarang, Tristan pemilik mutlak K_E EMPIRE?"

"Ya. Dia dah mula pantau semua rekod dari setiap anak syarikat."

"Macam mana dengan orang suruhan yang kau hantar sebelum ni?"

"Tak dapat dikesan. Saya syak, Ukail dapat perlindungan dalam diam. Sekarang, Ukail dihantar ke Sabah untuk urus projek pembangunan. Boss jangan risau, saya akan hantar 'someone' yang lebih berpengalaman untuk--"

"No, Zack. Jangan termakan umpan. Tak perlu hantar sesiapa ke sana."

"Umpan? What do you mean, boss?"

"Anak tunggal 'Keluarga Ivan' ada di Sabah. Seith Harith. Dah tentu budak tu lindungi Ukail atas arahan Tristan sekarang."

"Maksud boss, semua ni..."

"Yes. Tristan tengah siasat sesuatu dalam diam. Aku nak kita senyap dulu, jangan timbulkan sebarang aktiviti suspicious buat masa sekarang. Lagi satu-- kalau penghantaran terakhir tak sampai ke tangan customer tetap malam ni, aku harap kau dah puas luangkan masa dengan anak bini kau, Zack. You know what I mean right?"

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now