The Kasyaf's Family: 26

2.1K 93 7
                                    

Selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di rumah keluarga Megat Ferhan, tetamu mula bergotong- royong membuat tugas masing- masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







Selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di rumah keluarga Megat Ferhan, tetamu mula bergotong- royong membuat tugas masing- masing.

Memang lazim apabila mengadakan kenduri di kampung, pelbagai kelengkapan akan disediakan sebelum pagi menjelma. Malah, jiran dan saudara- mara akan bermalam di rumah keluarga tersebut.

K_E EMPIRE turut menaja khidmat katering khas untuk jamuan pertunangan Megat Ferhan dan Dahlia Daffa pada hari esok.

Setiap kali staff K_E EMPIRE melangsungkan majlis perkahwinan, pertunangan atau sebagainya, syarikat gergasi tersebut secara automatik akan menaja segala pembiayaan sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan.

Rumah kampung keluarga Megat berkonsep rumah moden banglo bertiang tinggi. Waktu malam dihiasi dengan lampu berkelip menghiasi luar rumah. Suasana meriah kedengaran dengan gelak tawa penduduk di perkarangan rumah mereka.

"Babe, apasal kau tak nak bermalam kat sini? Macam tak biasa pulak."

Soal Fadiya sambil mereka berdua duduk bersandar pada buaian yang berada di luar beranda biliknya di tingkat kedua. Suasana mula sunyi memandangkan waktu detik sudah pun menjejak 02.30 pagi.

"Tak bolehlah babe, ada lukisan yang aku kena siapkan hari ni. Awal pagi esok nak kena hantar pulak. Aku balik dulu eh? Esok aku janji aku datang awal sebelum kau gosok gigi lagi." Tiara mempamer wajah yakin.

"Hahahaha, kalau kau lewat, siap ko eh... Oh ya, jangan lupa tupperware atuk atas kabinet dapur. Kalau kau hilangkan, habislah~~Haha."

"Ha aa lah. Tupperware tu lebih bernilai dari cucu dia ni ha."

Tiara melangkah perlahan memasuki ruangan dapur. Suasana sunyi mula menaikkan bulu roma memandangkan semua tetamu sudah dibuai lena.

Kaki terjungkit dari tadi apabila dia cuba mencapai tupperware berada kawasan tinggi.

'Mak aii Fad ni, tak dapat simpan dekat tempat tinggi lagi dari ni ke?'

Zap!

Satu tangan terlebih dahulu mencapai tupperware lalu diletakkan perlahan di atas cap Tiara. Terus gadis itu memusing badannya, pucuk hidung Tiara hampir berlaga pada hadapan badan seorang pemuda.

"Sorry... Tak sengaja."

Tiara mengangguk sebaik saja kornea mata dipenuhi pantulan bayang Megat di hadapan. Hoodie bewarna kelabu asap di pakai oleh Megat, jelas menunjukkan suasana kampung sangat sejuk pada ketika itu.

Tiara yang perasan wajahnya tidak terlepas dari tatapan Megat dari tadi cuba mengalihkan pandangannya ke sisi. Perlahan dia mengatur langkah untuk pergi.

"Tiara."

Lengan dicapai erat, terus tubuh Tiara disandarkan pada dinding kabinet di sudut dapur. Kedua- dua lengan kekar itu mengunci pergerakan Tiara untuk bergerak.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now