The Kasyaf's Family: 70

1.9K 86 15
                                    

Berbekalkan dua hari sebelum berangkat ke Moscow, Russia, segala persiapan hampir selesai

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.








Berbekalkan dua hari sebelum berangkat ke Moscow, Russia, segala persiapan hampir selesai.

Beberapa hari ini, Tiara bertungkus lumus memahami urusan perniagaan 'Keluarga Kasyaf' dan O.D.S. Dia mencari segala petunjuk yang dapat membantunya untuk menyelamatkan Elhasiq.

Tengku Zariel, Khaleed dan Indra kembali ke kediaman masing- masing bagi membuat persiapan dan kelengkapan senjata untuk dibawa bersama.

Lily Kamelia pula pulang ke hotel dan resort milik keluarganya di Kuala Lumpur. Selajur gadis itu melawat adiknya yang masih menyambung pengajian di negara ini. Begitulah tugas si sulung. Dalam kesibukan, adik adalah keutamaan buat Lily.

Tiara, Seroja dan Seith pula berada di tingkat istimewa bangunan K.E Intelligent Comm. Setiap kelengkapan tersedia di tingkat VVIP ini. Tidak ubah seperti hotel lima bintang.

Menerusi analisanya, Tiara meneliti satu file dalam sistem maklumat sulit O.D.S dari salah satu komputer riba milik Seith.

Kening mula berkerut bilamana Tiara memerhati dengan penuh saksama. Macam biasa... pensel dan kertas sentiasa dijadikan bekalan.

Semua dicatit semula. Hanya dengan kaedah begitu, Tiara mampu mengingat dengan lebih lama.

"Seith, 'Keluarga Haider' tu pengasas asal O.D.S, ke?sebab mak Tengku Zariel tu ketua di dalam O.D.S," soal Tiara.

"Bukan. Pengasas asal O.D.S cuma empat kumpulan je," jawab Seith spontan.

Rahang terbuka luas dek menguap. Dia yang keletihan mencari maklumat tanpa henti, secara tidak sengaja membocor maklumat sulit O.D.S.

Seith masih terbaring di atas sofa, ligat mengurut belakang tengkuk akibat penat. Mata natural emerald green miliknya masih fokus menatap komputer riba yang diletak di atas dada.

Mendengar maklumat rahsia tersebut, membuatkan sifat 'natural curiosity' Tiara semakin meningkat. Sibuk pula hati kecilnya ingin mencungkil.

"Empat kumpulan? Bukan sekarang dah guna gelaran 'Keluarga' ke? Dari mana pulak datang gelaran 'Kumpulan'???"

Tiara mula menggunakan taktik soalan perangkapnya. Pura- pura banyak tanya. Detective mode, ON.

"Err--- ni maklumat sulit, Kak Long. 'Keluarga Ivan' bertanggungjawab simpan rahsia ni. Kalau O.D.S tahu, naya saya," ucap Seith.

"Hmm... empat kumpulan ya? Tak apalah... nanti saya tanya Zariel. Kalau dia tanya macam mana saya tahu pasal ni, saya cakap awak yang bagitahu. Hihi," seloroh Tiara. Seith masuk perangkap.

"What?! Kak Long... arghh..." Wajah mengantuk Seith mula terperanjat. Keluhan juga semakin panjang. Rambut sudahpun serabut, tie pula dilonggarkan.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Onde histórias criam vida. Descubra agora