The Kasyaf's Family: 53

2.5K 101 10
                                    

Matahari pagi bangkit daripada selimut gunung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









Matahari pagi bangkit daripada selimut gunung. Kedengaran bunyi ayam jantan sahut- menyahut di perkarangan rumah Atuk Usman. Orang lama sering disinonim dengan aktiviti aktif sebelum matahari terbit lagi. Baja untuk binatang ternakan dihambur setelah Atuk Usman menyiram tanaman. Keringat melewati tutupan kopiahnya dipagi hari.

Dalam pada itu, jari runcing Tiara meliar keluar dari gelungan selimut tatkala mencari punat kipas untuk ditekan.

Tik!

"Huuu... sejuknya bilik Atuk nih... mmhh~~" keluh Tiara dengan air liur basi dipagi hari.

Dia kemudian menggulung diri di dalam selimut sambil tubuh yang diguling ke sana ke mari bagi mencari hangat di atas tilam Atuk. Dah besar pun nak tidur dengan Atuk.

Senyuman kian melebar apabila Tiara berjaya mencari posisi yang dirasakan cukup selesa.

'Hehh~ betullah kata orang, tak ada tempat lebih selesa melainkan kediaman sendiri... peluk atuk lebih selesa dari peluk dinosaur pillow! Hoho!'

Segera wajah digesel sehinggakan pelukannya kian erat. Tak cukup dengan pelukan lengan, kaki pula menimpa si fulan yang dipeluknya.

'Rindu Atuk! Rindu muscle... mus-- muscle?? Aikk???'

Tangan memeluk erat tadi terus mati. Jelas permukaan tapak tangan perlahan- lahan meraba lekuk rectus abdominis sehinggakan Tiara tekun mengira satu- persatu. Cukup six packs! Kelopak mata perlahan dibuka.

"I didn't realize how naughty you can be, sayang."

Cukup suara garau itu membulatkan kelopak mata Tiara.

Zap!

'Abang EL?!!!' getus suara hati Tiara.

Wajah Elhasiq sudahpun satu inci dari wajahnya. Tersenyum nakal. Sempat si suami mengkerdip sebelah mata. Rupanya Elhasiq sudah bangun dari tidur sejak tadi, diam- diam wajah tidur si isteri menjadi santapan pacaindera untuk melihat di pagi hari. Lengan kekar menjadi tongkat kepala yang baring ke sisi.

Tidak semena- mena Tiara menolak tubuh Elhasiq. Akan tetapi, yang jatuh bukanlah si suami, namun badannya sendiri terdorong ke belakang.

Zap!

Hanya dengan sebelah genggaman dari Elhasiq pada betis si isteri, tubuh yang hampir terjatuh tadi terhayun semula ke atas katil dengan satu tarikan.

"Sayang? Are you alright?" soal Elhasiq.

Dalam keadaan si suami yang tidak mengenakan T-shirt itu, dia hampir mengusir sifat merajuk Tiara dari benak. Namun segera Tiara memalingkan wajah ke sisi dan berdehem kecil.

"Ti-- Tiara okay," jawab si isteri.

Dia menolak lembut dakapan suami, sehingga pelukan hangat itu terlerai. Tiara kemudian bangkit sambil mengemaskan sanggul rendahnya. Pergerakan tangan yang langsung tidak terlepas dari tatapan Elhasiq. Rindu. Pesona Tiara benar- benar memukau jiwanya.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now