The Kasyaf's Family: 22

2.3K 106 6
                                    

Kelibat Dato' Ukail dan Puan Jasmine memasuki conference room milik syarikat K

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Kelibat Dato' Ukail dan Puan Jasmine memasuki conference room milik syarikat K.E Intelligent Comm. Tingkat tersebut terdapat bilik khas yang tertutup bagi kumpulan VIP membincangkan perihal sulit samada perundingan khusus syarikat atau sebaliknya.

Tuan Muda Tristan Kasyaf Elhasiq sedia duduk menanti mereka berdua di dalam bilik tersebut. Anak mata pekat hitam Tuan Muda memusat ke dalam fail dokumen di tangan.

Dia cuma memberi isyarat tangan dengan mempelawa kedua mereka untuk duduk. Penghawa dingin mula menyelimuti badan, namun bicara masih belum dimulakan.

Wajah Puan Jasmine dan Dato' Ukail kelihatan kebingungan, sepertinya mereka tahu tujuan mereka dipanggil secara peribadi tanpa barisan Director yang lain.

"Before we begin, are there any final thoughts you two would like to share with me?"

Soalan dalam nada tegas dimulakan oleh Tuan Muda, pandangan masih tertumpu ke helaian dokumen. Kerutan kening timbul lantas sebelah tangan menongkat di sisi wajah.

"Apa maksud EL? And... Bila EL pulang ke Malaysia? Mummy tak tahu pun?"

"TUAN MUDA. That's how you should address me right now, Puan Jasmine."

Dua perkataan di hadapan ditekan sedikit tatkala dia menjawab tenang. Sepasang anak mata pekat hitam lantas memandang tajam ke arah Puan Jasmine.

"Dato' Ukail? Perlu saya ulang soalan pertama?" Tambahnya lagi.

Pandangan Tuan Muda kini mendarat ke sisi wajah Dato' Ukail yang masih menunduk. Cengkaman jari Dato' Ukail memegang erat diantara satu sama lain. Dia faham amaran yang bersulam di sebalik soalan tersebut.

Tiada gunanya berselindung lagi. Dia membalas renungan Tuan Muda, Dato' Ukail bersedia untuk berterus- terang memandangkan dia tidak bersalah.

"Ada. Tapi sebelum tu bagi saya peluang untuk jelaskan semua ni, Tuan Muda."

"Teruskan."

"Ya, memang beberapa tender dan projek pembinaan diluluskan di bawah pengawasan saya selama ni, tapi ada beberapa tender yang lain bukan dari pengesahan saya. Nama saya diguna pakai oleh individu yang tidak bertangunggjawab. Saya tak pasti bayaran ke atas syarikat datang dari mana, sebab identiti pelabur tak dapat dikesan. Tapi saya dapat bagi jaminan, kelulusan tu bukan dari arahan saya. Bagi saya masa kumpulkan bukti, Tuan Muda."

"Dato', awak nampak tak dekat tengah- tengah meja ni sekarang? Semua fail tersusun ni adalah simpanan rekod jumlah tender yang diterima K.E Corporation selama 14 tahun. Semua tender bercampur aduk dan dimanipulasikan, malah tak lengkap..."

"... Awak tahu tak masalah sebenar K.E Corporation bukan pasal bayaran tender atau projek? Tapi pasal rasuah. Syarikat K.E Corporation terima tender yang tak wujud, tapi bayaran diterima secara tetap setiap tahun. Bukan dalam jumlah yang sikit Dato' Ukail, jumlah ni mencecah juta. Projek apa yang awak luluskan? Pembinaan istana ghaib? Muzium ghaib? Stadium ghaib? Jambatan dari Malaysia ke Bermuda Triangle? Mind to enlighten me about that?"

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now