The Kasyaf's Family: 76

1.6K 83 16
                                    

Musuh meluru mengepung Elhasiq di tengah- tengah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







Musuh meluru mengepung Elhasiq di tengah- tengah. Sebahagian dari mereka membantu Andika mencabut pisau yang terbenam pada tapak tangannya sejak tadi.

Bam!

Petra Dilan jatuh ke belakang dan disambut pengawal setelah menerima tendangan tumit dari Elhasiq.

Sekali lagi dia perlu menghadap ancaman yang cuba menghapuskan riwayatnya. Elhasiq bangkit mencapai tukul besi miliknya dari sarung belakang.

Petra Dilan menggenggam expandable steel baton. Sebelah tangan dibalut bandage menahan aliran darah, sebelah tangan Andika lagi mencapai kapak. Semua dalam gerak sedia untuk menerkam Elhasiq di tengah- tengah.

"Too bad, isteri kau tak nampak detik- detik pengakhiran kau, Tristan," sinis Petra Dilan. Andika dan musuh yang lain turut tertawa.

"Not really... Aku lebih rela dia tak saksi semua ni. Tiara satu- satunya insan yang aku tak nak tunjuk sisi setan aku," jawab Elhasiq. Dia kelihatan tenang.

"Berlagak nak mampus. Who do you think you are, huh?" bidas Andika. Lelaki itu masih berdendam dengan tindakan Elhasiq sebentar tadi.

"Why don't you come and find out."

Elhasiq memulakan provokasi. Kali ini pakej senyuman didatangi lekuk lesung pipit pada wajah tampannya.

Pegangan pada tukul mula ketat, dalam kepalanya sudah mengunci setiap sasaran. Dia tidak mahu melengahkan masa.

Zap!

"Arghhhhhh!!!!"

Tempikan salah seorang musuh bergema bilamana cangkuk tajam penukul Elhasiq menusuk telinga. Ditarik kasar. Putus! Serpihan isi pada sisi wajah turut terkopek.

Semua musuh mara serentak kearah Elhasiq.

Zap!

Tendangan dalam ketinggian sederhana, menyasar tulang rusuk si musuh. Teknik sepakan Muay Thai dipraktik oleh Elhasiq.

Dua kali sepakan sebelah menyebelah, dua musuh itu tumbang di hadapannya.

Serentak genggaman tukul besi miliknya dilibas ke belakang. Tidak semena- mena Andika dan Petra Dilan mengundur sedikit. Seorang musuh di sisi Petra Dilan tidak sempat mengelak!

Zap!

Hayunan yang begitu kuat sehingga penukul yang rata permukaannya menebuk pelipis si musuh tadi. Darah terpercik ke pipi Petra Dilan. Si musuh tumbang!

Zing!

Pantulan bunyi expandable steel baton Petra Dilan berlaga dengan penukul besi Elhasiq.

Terus Elhasiq memusing genggaman penukulnya, lalu bilah cangkuk tajam bergesel sepanjang batang expandable steel baton dan semakin mendekat dengan pegangan Petra Dilan.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now