The Kasyaf's Family: 27

2.1K 94 4
                                    

"Senyum Tiara

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.







"Senyum Tiara. Jangan ditunjukkan sangat muka sedih tu. Bukan ini yang Tiara nak?"

Bernanah juga telinga Tiara mendengar sindiran pedas Megat. Gelak tawa sanak saudara menenggelamkan perbualan mereka berdua.

Masa seolah- olah bergerak lambat setiap kali Megat dan Tiara berbicara.

"Jangan risau. Hati abang tetap milik Tiara."

Pujuk Megat lagi.

"Abang Megat cukuplah. Tiara gembira untuk abang hari ni tahu tak?"

"Penipu."

Entah niat Megat menebak ataupun dia sengaja memuntahkan perkataan itu. Yang pasti perkataan tersebut cukup menyucuk tepat ke dalam hati Tiara, sehinggakan dia terdiam.

"Tahan air mata tu Tiara. Kalau tak, abang usap di hadapan semua tetamu ni."

Kelopak yang menahan empangan air mata mula tersejat dengan sendiri ke ruangan atmosfera sebaik saja mendengar amaran itu.

"Sekarang Tiara masih nak teruskan keputusan berkahwin dengan lelaki tu? Sebab abang belum nampak perkembangan yang Tiara tak cintakan abang hari ni. Dari tadi Tiara curi- curi pandang abang." Sinis Megat.

"Aduhai abang Megat. Habis tu? Takkan Tiara nak pandang jari kaki abang? Dah ni majlis pertunangan abang, mestilah Tiara pandang wajah abang."

"Penipu."

Zap! Round 2. Tiara knockout.

"Okay, fine. Abang betul. Puas hati? Tapi tolonglah bagi Tiara masa... Perkara ni bukan dapat dilupakan sehari dua tahu tak?"

"Jadi sekarang Tiara faham perasaan abang?"

Tiara membisu, tanda akur akan apa yang disoal oleh Megat kepadanya.

Flashlight DSLR daripada photographer khas ditaja oleh K_E Empire bagai pantulan cahaya kilat di wajah mereka semua.

Lantas tetamu dan rakan staff dari K.E Corporation dan K.E Entertainment mengkerumuni ruang kosong di hadapan pelamin. Masing- masing meragakan pelbagai gaya.

Kini pandangan Megat mendarat ke sisi wajahnya, renungan yang tidak menghiraukan suasana sekeliling. Hembusan nafas hangat Megat ibarat menyapa sisi wajah gadis itu.

"Abang dah cakap, bukan? Cinta ni milik kita, dan Tiara ditakdirkan untuk abang. Tak ada sesiapa yang dapat rampas hak milik abang," ucap Megat yakin.

"Assalamualaikum."

Satu suara garau dalam nada rendah menyapa di pintu utama keluarga Megat Ferhan. Semua tetamu dan ahli keluarga memalingkan wajah ke arah punca suara tadi.

Susuk kekar pemuda tinggi lampai bagaikan model mula mencuri perhatian tetamu yang berada di dalam dan di luar kawasan rumah.

Kurta dikenakan bewarna putih salju dan seluar casual light brown. Rambut hitam lembut berkilat kelihatan kemas sempurna melengkapkan pakej ketampanan wajahnya.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang