The Kasyaf's Family: 81

1.7K 71 4
                                    

Bam!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







Bam!

Langsung tiada belas kasihan. Indra melempar tubuh Tiara ke atas katil. Terketar- ketar tubuh Tiara apabila anak mata melihat persekitaran bilik di bawah tanah tersebut.

Dengan lumut hijau yang kian menebal pada permukaan siling. Kesan darah kering di atas meja besi yang panjang dan di dinding masih jelas kelihatan.

Malah, beberapa bilah kapak, pisau unik yang memiliki pelbagai saiz turut tersedia. Tidak lupa juga chainsaw dan rantai besi bergantungan di dinding bilik.

Bauan bilik usah dipertikai lagi. Bau hanyir dan bau bangkai masih termendap di segenap bilik, sungguh bauan tersebut tidak dapat dicerna oleh akal Tiara. Tambahan pula dia melihat serpihan tengkorak kepala terkeluar sedikit dari plastik sampah.

"Bluerrgggghhhhh!!! Uhuk! Uhuk!" Tersembur muntah Tiara sehingga membasah cadar katil.

"Oh my... what's wrong sweetie? Tak sihat?" Si psiko masih tekun mencari cakera yang bersesuaian untuk mainan nyanyian dari victrola record player.

Indra langsung tidak terkejut melihat bayang Tiara yang melewati dirinya. Tiara berlari naik ke anak tangga dan memukul pintu bilik berulang kali.

Tanpa Tiara peka, pintu tersebut langsung tidak dapat dibuka apabila punat kunci sengaja diubah oleh Indra pada kedudukan paling atas pada bucu pintu.

Bam!

Bam!

Bam!

"Tolong! Fad! Seroja! Bukak pintu ni!!! Faddddd!!!!!" Esakannya semakin kuat. Tiara jatuh melutut dan menyandarkan dahi pada permukaan pintu.

'Abang EL... Tiara takut...' suara hatinya juga menjerit memanggil nama Elhasiq.

Tidak tahu apa warna kulit mukanya ketika ini. Dia sangat ketakutan untuk memandang wajah Indra di belakang.

Entah bagaimana otot wajah membentuk riak muka Indra Devian pada waktu sekarang. Tersenyum? Ketawa? Marah? Bengis? Semuanya bermain di dalam minda Tiara. Apa yang pasti, emosi lelaki ini luar jangkaan.

"Bilik ni kalis bunyi. Romantik, bukan?" Suara Indra semakin mendekat apabila bunyi langkah lelaki itu menaiki anak tangga.

Mencerun anak mata Indra, tatkala sisi tubuhnya bersandar pada pintu. Bicara dari wajah yang tersenyum itu semakin menderaskan air mata Tiara.

Dan buat pertama kalinya, Tiara terpanggil untuk merenung sebuah carta yang lengkap dengan foto memenuhi dinding di sisinya.

Catitan nama, lokasi pembunuhan, cara pembunuhan, yakni senjata digunakan juga ditulis di bawah setiap foto. Jelas, induk kepada perancangan rapi dimulakan dari dalam bilik ini.

Wajah Tengku A. Kasyaf Eidlan. Rania. Zack. Usman. Tristan. Megat Ferhan. Fadiya. Seroja. Dahlia. Masing- masing dibulat dengan marker merah.

"Ka-- kau... kau rancang semuanya dari mula lagi??? How could you do this?!!" Suara Tiara meninggi.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now