The Kasyaf's Family: 42

1.9K 81 1
                                    

Tiara terkhayal sejenak, mata dipaksa memerhati pemandangan luar cermin kereta dari tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






Tiara terkhayal sejenak, mata dipaksa memerhati pemandangan luar cermin kereta dari tadi. Dua manusia tidak berbicara sepatahpun, hanya ditemani ketukan ibu jari Elhasiq pada stereng Audi R8.

Semenjak dua menjak ini, debaran jantung Tiara kencang menendang- nendang dada setiap kali dia berduaan dengan Elhasiq. Dah kenapa?

Kepala digeleng perlahan sambil mengeluh kecil. Hampir terlupa... Tiara nyaris menyebabkan si suami terkena high blood pressure dengan masakan masin yak mat.

"Abang EL," ujar Tiara.

"Mmm..."

Sebelah tangan Elhasiq bersandar pada pelipis dek mengurut kepala pening. Sebelah tangan lagi memutar stereng kereta apabila mereka hampir sampai ke bangunan pencakar langit K.E Automotive Indrustry.

"Kenapa abang EL habiskan pancake tu? Tiara yang masak ni pun tak boleh habiskan, sebab masin."

Nada individu serba salah. Mata tertancap ke high heel di kaki. Nak tak nak, dia terpaksa berpenampilan formal pada hari ini.

Memandangkan anak syarikat K_E EMPIRE mengadakan pameran tertutup atau showroom berkenaan produk syarikat berkaitan pengangkutan di K.E Automotive Industry.

"Aku tak suka membazir." Pendek dan ringkas.

"Walaupun tak sedap?" Tiara kelihatan girang.

Gilalah tak gembira bila suami tak kritik masakan yang boleh mendatangkan sumpah seranah itu. Mestilah hatinya mengharapkan pujian.

"Ya. Walaupun tak sedap langsung."

Kejujuran itu menyakitkan. Tapi itulah yang cuba dihadam oleh Tiara sekarang. Senyuman manis Tiara terus mati. Susah sangat ke nak faham telepati dalam kepalanya yang inginkan pujian? Huh!

"Patutlah abang EL tak bagi Tiara masak untuk tetamu. Tak nak malu dengan masakan isteri lah tu."

Dah buat salah. Lupa pulak nak minta maaf, itulah perempuan. Ada dia kisah?. Kali ini bukan leher saja berpusing ke cermin sisi kereta. Satu badan berpusing. Kalau boleh nak duduk luar dari kereta. Merajuk punya pasal.

Elhasiq tersenyum dan menggeleng kecil. Memang dia tahu apa yang Tiara harapkan, tapi sengaja Elhasiq tak nak puji.

Sebab sebenar adalah, Elhasiq tak nak kekurangan si isteri menjadi buah mulut keluarganya, sebab itu dia menghalang sesiapa makan masakan Tiara.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now