The Kasyaf's Family: 25

2.1K 93 2
                                    

"Tiara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







"Tiara... Kenapa Tiara sembunyikan perkara ni dari abang?" Tanya Megat tanpa berbasa- basi.

Kelat pula air liur ditelan. Tiara dapat rasakan perbualan ini tidak akan berakhir dengan khabar gembira buat kedua- dua mereka.

"Sembunyikan apa? Kalau pasal Tiara pergi jumpa ayah, Tiara dah jelaskan semuanya dekat abang Megat dari A sampai Z, bukan?"

"Jelaskan semuanya?? Are you sure???"

Anak mata kemerahan yang menahan marah mula mendarat ke sisi wajah gadis itu. Dalam diam genggaman ketat pada steering.

"Kenapa abang dapat tahu dari Uncle Ukail yang Tiara nak berkahwin dengan pemilik K_E EMPIRE? Kes Uncle gugur macam tu je. Ni ada kaitan dengan perjumpaan Tiara dengan Tuan Muda tu, kan?" Megat menebak.

'Abang EL dah mulakan siasatan. Jadi-- Aku tak dapat berpatah balik. Maafkan Tiara abang Megat... Mungkin ini yang terbaik.'

Satu hela nafas yang panjang sebelum Tiara  memilih untuk berlaku jujur.

"Betul. Tiara akan berkahwin dengan abang EL."

"Abang EL-- EL?? Lelaki yang kita jumpa tempoh hari??? Jadi Tiara pergi Kuala Lumpur semata- mata nak jumpa dia??"

Tiara mengangguk laju, namun renungannya hanya berpaksi ke lantai kereta.

"Tiara sanggup tipu abang demi lindung identiti lelaki tu??" Nada kedengaran kesal tatkala soalan itu diajukan kepada Tiara.

"Tiara tak tipu. Memang betul Tiara nak jumpa pemilik K_E EMPIRE, tapi sumpah! Tiara tak tahu Tuan Muda tu abang EL. Semuanya kebetulan, perca--"

"Tiara yakin semua tu kebetulan?? Apa yang jantan tak guna tu tawar sampai Tiara membuta tuli setuju nak berkahwin dengan dia?" Pintas Megat tanpa menanti Tiara menyudahkan ayatnya.

Rahang diketap perlahan. Tidak dia hiraukan identiti lelaki itu adalah pemilik syarikat dimana dia berkerja.

"Abang! Jangan bagi gelaran dekat abang EL macam tu. Tiara kenal dia sebelum Tiara kenal abang. Dia satu- satunya sahabat karib Tiara waktu kecik. 16 tahun kitorang terpisah, abang tahu tak?" Nada suara Tiara sedikit tinggi.

"Jadi tu je sebab Tiara percayakan dia? Sebab kawan masa kecik?? 16 tahun tu macam- macam boleh berubah. Tiara pernah terfikir tak kenapa dia tawarkan semua ni? Manusia normal mana tiba- tiba ajak kahwin selepas 16 tahun berpisah melainkan dia ada niat lain. Use your brain, Tiara." Keluh Megat.

Kali ini, seluruh badannya pusing ke arah Tiara. Kornea mata Megat dipenuhi bayangan gadis itu.

"Abang EL tak ada niat lain. Dia setuju nak tolong Tiara siasat sesuatu. Tapi dalam masa yang sama, Tiara perlukan pengaruh abang EL. Semua tu rumit abang, kitorang tak ada pilihan lain selain kahwin." Rayu Tiara. Riak wajah gusar sedikit.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now