The Kasyaf's Family: 58

1.9K 88 16
                                    

Kelopak mata dipejam rapat sebaik saja Elhasiq merebahkan tubuh di atas sofa bilik hotel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










Kelopak mata dipejam rapat sebaik saja Elhasiq merebahkan tubuh di atas sofa bilik hotel. Overcoat bewarna dark brown masih tersergam pada tubuh sasanya. Otot leher direnggang perlahan. Penat tak pernah hilang dari benak dan jasad.

Namun apa yang pasti, pengubat segala kesulitan sudahpun memenuhi kornea mata Elhasiq. Tidak putus- putus dia memandang figura wajah si isteri yang lena.

Wajah manis itu dijadikan screen wallpaper smartphone. Terbit lekuk lesung pipit tatkala dia tersenyum manis. Alahai... rindunya.

'I've been thinking about you all day, Tiara. I want to hear your voice~' Suara hati mula memuntahkan kerinduan yang tersimpan.

Elhasiq langsung tidak berhubung dengan Tiara. Hampir satu bulan lebih. Dek kerana sibuk mengendalikan kes anak syarikat K_E EMPIRE, keadaan menjadi sulit apabila beberapa pegawai eksekutif terlibat dengan penyeludupan dadah. Ditambah pula dengan serangan orang- orang Petra Dilan baru- baru ini.

Baru saja jemari itu hendak menekan contact si isteri, kening mula terangkat seketika satu panggilan masuk menyapa halwa telinga. Tiara bagaikan menjawab persoalannya. Pantas panggilan diangkat.

"Assalamualaikum. Hello, abang?"

Aura suara yang mampu membuat kelopak mata itu terpejam tenang. Ya... suara inilah yang dia dambakan sejak jasad berpijak di bumi Italy.

Nescaya, akal dan hati masih memilih untuk berada di bumi Malaysia. Mendambakan si isteri tercinta.

"Waalaikumsalam. Abang cintakan sayang," ucap Elhasiq tanpa berbasa- basi.

Elhasiq turut tersenyum apabila halwa telinga menangkap ketawa kecil Tiara dari dalam panggilan. Tiara memang suka setiap kali Elhasiq jujur dengan hatinya sendiri.

Semuanya bermula pada bulan lalu. Bilamana Elhasiq menghujani Tiara dengan pengakuan itu. Angau yang melanda diri Elhasiq sangatlah pekat dengan kemanisan. Mujurlah si isteri tidak menghidap kencing manis.

"Cinta abang jugak. Ehem!... abang busy tak? Tiara tak kacau abang ke?" soal Tiara. Tukar topik.

"Tak. Abang baru balik dari office. Sayang... abang cintakan sayang," ucap Elhasiq lagi.

Pulak dah... Kali ini terselit nada merayu di hujung kalimah cinta.

"Hehe... iye~~ Tiara pun cintakan abang jugak," balas Tiara lembut.

Mujur Elhasiq tak nampak perlakuan si isteri yang kini bagai di awan. Tiara baring dan menendang kaki ke udara.

Tak cukup dengan itu, berlari pula ke arah jendela kaca gergasi, Tiara membalut diri sendiri dengan langsir di dalam bilik tidur. Kalau boleh nak balut jadi mumia. Amboi... sukalah tu.

"Sayang..."

"Ehm! Ya abang?"

"Nyanyi lagu jap," pinta Elhasiq.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now