The Kasyaf's Family: 65

1.8K 86 23
                                    

"Hahh

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.









"Hahh... hahh... hahh..." Elhasiq tunduk menggali nafas.

Darah menitik dari sisi wajah. Leather jacket sudahpun ditanggal dan diikat ketat pada sisi kawasan pinggang bagi menghentikan aliran darah yang terkeluar.

Mayat bergelimpangan dari tingkat 9 dan 10. Elhasiq dan Tiara terperangkap di hujung koridor.

Berperisaikan badan kekarnya, tubuh si isteri terpaksa ditindih perlahan, supaya Tiara terselindung dari tatapan musuh.

"Sayang ada cedera tak?" bisiknya perlahan. Nafas Elhasiq sedikit termengah.

"Tak... takda abang. Tapi ab... abang cedera teruk," rintih Tiara.

Tiara sudahpun tersedu- sedan. Pelukan tidak lepas dari belakang badan Elhasiq. Darah dari tubuh lelaki itu terpalit pada shawl putih miliknya.

"It's okay, sayang... abang tak sakitpun. Sabar ya? Kita tak dapat keluar dulu... abang penat."

Elhasiq cuba berdalih. Sebenarnya dia sudahpun kesakitan tahap maksima. Peluru masih terbenam di kawasan sisi pinggangnya, apabila tembakan tepat dari penembak jarak jauh menyapa seketika mereka melewati koridor tingkat ke 9 tadi.

Nasib tidak menyebelahi Elhasiq dan Tiara. Dimana pada ketika itu, hujung kedua- dua koridor sudahpun dikepung. Tidak semena-mena suami isteri itu bakal diserang dengan kapak dan belantan.

Elhasiq tiada jalan lain selain merempuh dan bertarung dengan musuh yang ramai. Dalam masa yang sama, dia melindungi Tiara tanpa sebarang kelengkapan senjata.

Mujur Elhasiq memiliki kepakaran menggabungkan pelbagai teknik tempur dikenali sebagai mixed martial art MMA.

Kelebihan juga terletak pada ketinggian 190 centimeters miliknya. Jadi, panjang kaki Elhasiq dijadikan perisai dan dimanfaat sehabis baik.

Sepakan tinggi rendah menepis senjata yang meluru dari pelbagai arah. Tumbukan lurus dan menegak menggunakan tangan dominan sebagai serangan balik.

Elhasiq cuma menyasarkan titik tekanan anggota badan musuh bagi merebahkan mereka. Dalam pada itu, lengan sebelah kiri memeluk erat tubuh kecil si isteri.

Dan sekarang... Tiara mencari sesuatu.

"Bag... bag... telefon dalam bag." Tiara cuba bergerak. Dek cemas meloloskan diri dari musuh sebentar tadi, sling bag jatuh di kawasan tangga.

"No, sayang... jangan ke mana- mana. Kita tak dapat jangka kalau musuh masih sembunyi." Genggaman erat pada tangan Tiara.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat