The Kasyaf's Family: 67

1.6K 74 6
                                    

Sut dipakai kemas oleh sekumpulan lelaki yang keluar dari setiap pintu Chevrolet Tahoe

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.









Sut dipakai kemas oleh sekumpulan lelaki yang keluar dari setiap pintu Chevrolet Tahoe. Lengkap bersenjata api dan bulletproof vest pada tubuh mereka.

Red dot sight laser menghala tepat ke arah kenderaan Lily. Dimana dia membawa Elhasiq sebagai penumpangnya. Maka sasaran mereka adalah Elhasiq!

Tiga sahabat juga tidak teragak- agak mencapai senjata masing- masing dan bergerak ke arah kenderaan Lily.

Khaleed dalam gerak sedia mengeluarkan hand grenade miliknya. Seith mencapai modified rifle yang terlindung di belakang jaket. Senjata dalam mode sedia untuk menembak.

Tengku Zariel mengeluarkan kedua- dua HK P30L dari sarung bahu. Dua senjata api sentiasa terselindung disebalik shell bomber jacket. Hanya dikeluarkan pada saat genting sahaja.

Akhirnya, Lily menggenggam assault rifle yang tersimpan elok di bawah tempat duduk, dan terus bergerak keluar dari kenderaan.

Masing- masing melawan arah senjata dengan sekumpulan pengawal elit O.D.S di hadapan mereka.

"TURUNKAN SENJATA KAMU SEMUA."

Satu suara wanita menyapa situasi tegang sebentar tadi. Pantas senjata pengawal O.D.S diturunkan serentak.

High heel tajam memijak bumi dan terus melangkah ke arah sekumpulan sahabat itu. Mereka semua terkedu akan ketibaan individu ini, kecuali Tengku Zariel.

Puan Zinovia Lobov. Ketua dalam kelompok O.D.S yang dikenali sebagai Chairman. Ibu kepada Tengku Zariel Vaughn.

Segera empat sahabat menurunkan senjata api. Kepala diangguk sedikit sebagai tanda hormat kepada ketua organisasi mereka.

"Doktor, bawak Tuan Muda Tristan naik helicopter sekarang dan rawat dia di hospital kau."

Tegas Puan Zinovia kepada salah seorang doktor wanita dari organisasi mereka. Dengan langkah kemas doktor, sebelah tangannya membawa kelengkapan perubatan.

Doktor tersebut diiringi beberapa team ahli perubatan miliknya untuk membawa Elhasiq dengan kadar segera.

Zap!

Lily terlebih dahulu menahan bukaan pintu kenderaan. Diikuti Seith dan Khaleed.

Mereka belum bersedia melepaskan Elhasiq ke dalam tangan O.D.S. Hal ini kerana, ada sesuatu yang mencurigakan dengan cara serbuan pihak berkenaan.

"Kamu bertiga nak Tristan Kasyaf mati kehilangan banyak darah dekat sini? Perjalanan darat tak akan sempat nak rawat luka tu. So let me do my job, okay?" Tenang doktor wanita itu berbicara dengan nada sopan.

"Guys, it's okay... nanti aku hubungi korang."

Kedengaran suara Elhasiq yang semakin lemah dari celahan pintu kereta. Pemuda itu kemudian diiring menaiki helicopter tanpa sebarang ketegangan situasi.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora