The Kasyaf's Family: 94 (END)

4.6K 144 87
                                    

Waktu menginjak sebelas pagi

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.










Waktu menginjak sebelas pagi. Kediaman Tiara dan Elhasiq sudahpun dibanjiri para tetamu dan penduduk kampung. Lemang, ketupat, rendang, sate, malah masakan kampung turut tersedia bagi dinikmati pada pagi Syawal.

Pada tahun ini, rakan sahabat akan menyambut bulan Syawal di kediaman Elhasiq dan Tiara. Elhasiq, Tengku Zariel Vaughn, Tuan Muda Seith Harith dan Tuan Muda Khaleed Sebastian berehat di living room tingkat ketiga. Juadah berkonsep afternoon tea turut disediakan pada tingkat tersebut, mengikut selera tekak para sahabat. Light cakes, buttery scones, pastries, salad garnishes dan sebagainya.

Rumah agam yang membekalkan dua puluh bilik mampu menempatkan rakan dan saudara mara untuk berehat. Keriuhan gelak tawa kedengaran dari segenap sudut. Jelas sambutan Syawal kali ini luar biasa meriah.

"HAHAHAHA!"

Tawa Seith, Khaleed dan Tengku Zariel memenuhi perkarangan living room apabila mendengar alkisah malam tadi.

Elhasiq hanya tersenyum hambar usai menoktahkan telatah anak- anaknya. Maleeq kelihatan nyenyak tidur dipangkuan si ayah.

Tiga pemuda itu kelihatan luar biasa kacak dan tampan pada hari ini. Selalunya mengenakan suit atau pakaian casual.

Dengan ketinggian 190cm, tubuh kekar Tengku Zariel sangat sesuai mengenakan baju melayu cekak musang. Warna hitam menjadi pilihan, siap pakej bersampin. Tidak semena- mena penampilan si kacak menarik perhatian tetamu. Terutama para gadis. Akan tetapi, Tengku Zariel sudah tidak asing lagi dengan sifat malu terhadap kaum hawa. Setiap kali bertentang mata, pemuda itu segera melarikan pandangannya.

Berbeza pula dengan Seith. Si terlebih murah senyuman. Pemuda ini menggayakan busana dengan warna kegemarannya iaitu lava grey. Biarpun berketinggian 188cm, namun pilihan warna tersebut bersesuaian dengan tona kulit Seith Harith. Memandangkan kulit pemuda itu lebih cerah berbanding Tengku Zariel dan Khaleed.

Khaleed Sebastian pula setia dengan warna gelap. Tattoo yang mengelilingi tengkuk pemuda berketinggian 188cm ini masih kelihatan disebalik kolar cekak musang. Disebabkan keadaan tersebut, tiada seorang pun tetamu berani menyapa dirinya. Yakni baju melayu bewarna dark brown tersergam elok pada tubuh sasa Khaleed.

"Anak buah uncle ni memang jaguh ya?" ucap Tengku Zariel. Dia mengusap kepala Arash. Senyuman kecil terukir tatkala mengenangkan telatah anak Elhasiq.

Si manja Kayden pula dari tadi memeluk tengkuk Seith. Manjanya dia.

"Tapi kitorang kena gigit angsa Tok Wa lah uncle. Sakit pulak tu," omel Kayden.

"Mesti angsa tu jealous sebab Kayden handsome macam uncle," pujuk Seith.

"Takda maknanya handsome. Angsa tu ketuk sebab Kayden nakal." Sampuk Khaleed. Dia memang suka mengusik. Khaleed membiarkan saja Jibran duduk di ribanya sambil budak itu menelaah smartphone Khaleed.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt