The Kasyaf's Family: 93

2.1K 66 6
                                    

Kuching, Sarawak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.











Kuching, Sarawak.

"Abang Arash..." Kayden berlari ke arah dua kembarnya. Perlahan dia menepuk bahu Arash yang tekun membersihkan buah catur kegemaran. LV chess set.

Jibran pula mengendali mainannya iaitu drone DJI Phantom 4. Dua kembar itu bersantai di kawasan balkoni sejak tadi, seraya mereka menyaksikan staff K_E EMPIRE memasang beberapa buah kanopi di hadapan kediaman Tiara dan Elhasiq.

Setiap tahun, keluarga Tiara akan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya. Segala kelengkapan dilaksanakan sebelum pagi menjelma. Suasana kampung sinonim dengan kerdipan lampu LED berwarna warni sembari menanti debaran Syawal. Gelak tawa jiran tetangga turut kedengaran di perkarangan kediaman tersebut.

Mujurlah mahligai mewah Elhasiq dan Tiara agak luas. Memakan jumlah beberapa hektar. Perkhidmatan katering juga disediakan untuk hari esok.

Tiara, Fadiya, Seroja membantu Puan Mawar. Manakala, Tuan Jebat, Dato' Ukail, atuk Usman serta Elhasiq dan Megat masing- masing berborak melayan jiran tetangga.

"Abang Arash~~~ dengar tak ni???" kata Kayden.

"Iye, aku dengar. Apa dia?" Arash hanya membiarkan Kayden memeluk tengkuknya dari belakang. Kayden ni manja mengalahkan Maleeq dan Jazeera. Nasib baiklah dua kembar itu masih tidak tahu apa- apa.

"Bila uncle Riel, uncle Khal, uncle Seith and auntie Lily nak datang? Papa dan mama cakap diorang balik Malaysia tahun ni... sambut Syawal dengan kita."

"Maybe esok."

"Esok? Bukan malam ni ke?" sampuk Jibran.

"Ha aa. Esok. Aku call Uncle Riel semalam. Uncle cakap penerbangan diorang serentak," kata Arash. Dia sangat rapat dengan Tengku Zariel.

"Aduh..." Jibran menggaru kepala berulang kali.

"What's wrong?" soal Arash.

"Macam mana nak main mercun kalau Uncle Khal tak ada malam ni?"

"Mainlah awal pagi esok. Apa susahnya?" sampuk Kayden.

"Kau tak solat sunat hari raya ke nak main mercun awal pagi pulak!"

"Ha aa lah. Lupa pulak. Kita main balik dari masjid je lah," sambung Kayden.

"Tak nak. Main mercun waktu malam lagi best. Baru power!"

"Sekejap... Mana kau dapat mercun??? Papa dan mama tahu tak?" Kayden sedikit musykil.

Kenapa Kayden berkata begitu? Kerana pada tahun lepas Jibran menerima arahan dari Tiara dan Elhasiq untuk menjauhi sebarang jenis mercun tanpa pengawasan orang dewasa. Manakan tidak, Jibran bermain mercun bola di dalam bilik tidur. Menyebabkan Kaydeen terlampau panik dan berlari keluar dari rumah sambil menjerit 'bom meletup!'. Dan keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan semua tetamu di rumah atuk Usman bertempiaran lari. Satu kampung kecoh.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now