The Kasyaf's Family: 35

2.2K 104 11
                                    

Dua minggu kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









Dua minggu kemudian....

"Hello? Assalamualaikum, Seroja."

"Waalaikumsalam Puan Muda, wahh tak sangka Puan Muda save contact saya."

Suara riang Seroja kedengaran di dalam panggilan.

"Ya, saya minta dari Indra. Seroja, kan saya dah cakap kalau kita dua je, panggil Tiara."

"Hehe, lupa pulak. Okay Tiara."

"Macam mana kerja awak? Okay?"

"Okay sangat- sangat. Semua kebajikan dijaga. Tiara-- terima kasih sangat- sangat sebab banyak tolong saya."

Tiara tersenyum hambar sebaik saja tangisan Seroja semakin sayu di dalam panggilan.

Selesai kejadian serangan dua minggu lalu, Seroja ditawarkan berkhidmat di mansion milik 'Keluarga Kasyaf'. Sebagai jaminan, dia diberi perlindungan keselamatan dari Elhasiq.

Sebelum ini, demi mencari rezeki, Seroja membanting tulang membuat dua perkerjaan. Pembantu pelanggan di sebuah kedai Cosmetic pada waktu siang, manakala penjaga tiket Amusement park pada sebelah malam.

Perjalanan hidupnya bukanlah mudah apabila tiada tempat bergantung memandangkan dia seorang yatim piatu.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Kini, Seroja sukar untuk meneruskan pencarian rezeki bilamana dirinya diburu tanpa sebab.

Mujur kejadian dua minggu lepas mempertemukan dia dengan Tiara. Persahabatan mereka semakin erat, gadis berumur 20 tahun itu dilayan bagai adiknya sendiri. Sebab itu dia kerap menelefon Seroja, Tiara masih bimbang akan keselamatannya.

"Tiara-- saya rasakan-- tak lama lagi awak dan Tuan Muda akan balik mansion ni lah," bisik Seroja.

"Eloklah tu. Saya dah naik bosan duduk hotel. Sana bodyguard. Sini bodyguard. Kadang- kadang, macam saya pulak penjenayah. Terkurung je." Keluh Tiara.

"Hahaha. Nak buat macam mana, Tuan Muda risaukan awak."

"Seroja... Sorry tau. Kejadian serangan tu masih tak ada berita. Kalau saya tanya abang EL dan Indra, diorang tak jawab. Jadi saya tak dapat cari maklumat pasal kawan awak, sorry Seroja."

"Tak apa, Tiara. Kita serahkan dekat Tuan Muda, lagipun dia cakap akan tolong siasat."

"Okay. Oh ya, saya lupa nak tanya... Siapa nama boss Dewi yang awak cakap tempoh hari?"

Mendengar saja soalan tersebut, kelat gumpalan air liur ditelan oleh Seroja.

Memori mula memaparkan setiap amaran jelas dari Elhasiq tanpa pengetahuan Tiara, dua minggu lepas.



Memori mula memaparkan setiap amaran jelas dari Elhasiq tanpa pengetahuan Tiara, dua minggu lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now