The Kasyaf's Family: 90

2.5K 93 19
                                    

Kuala Lumpur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







Kuala Lumpur.

Pagi ini senyuman Elhasiq lebih lebar dari biasa. Kalau boleh lebar senyumannya hampir keliling kepala. Manakan tidak, dari tadi anak mata mencerun memerhati kaki si isteri menjinjit seraya Tiara cuba mengkemaskan tali lehernya.

"Nak abang sediakan tangga?" bisiknya.

"Mulalah tu," getus Tiara. Namun fokus masih pada tali leher si suami.

Tanpa dijemput, tangan mendarat pada belakang pinggang Tiara lalu tubuh si isteri diangkat dan diduduk di atas meja solek.

Tiara tersenyum kerana kali ini agak mudah untuk dia memperbetulkan tali leher Elhasiq. Cuma... kenapa kepala suaminya bagaikan ada tarikan graviti? Sehinggakan belakang kepala Tiara sudah bercantum dengan cermin solek. Namun Elhasiq semakin mendekatkan wajah.

"Ab-- abang..." Pipi Tiara kemerahan.

"Hmmm..." Elhasiq membelai sisi wajah yang ditatap dari tadi.

"Dah lewat... nanti abang lambat nak pergi meeting."

"It's okay... Boss abang ada di depan mata. Jadi, abang kena utamakan boss." Kata- kata itu menghadirkan lucu. Ketawa Tiara terhambur.

"Hahaha..."

Si suami tidak dapat menahan senyum akan telatah Tiara bilamana dia malu- malu kucing biarpun tertawa.

"Abang ni kan... hehe." tambah Tiara.

"Ya sayang... abanglah ni." Elhasiq mengendurkan suara dengan nada semakin menggoda.

Tiara sedaya upaya menahan bibir dari tersenyum lebar. Tali leher yang dikemas dari tadi sudahpun umpama anyaman ketupat. Amboi.

Bukan apa, penampilan segak badan kekar dan pakej wajah tampan itu menyimpan sisi menggodanya hanya untuk Tiara.

"Abang..."

"Yes, princess..." Elhasiq membawa helaian rambut Tiara ke belakang telinga, lalu dikucup lembut dahi si isteri.

"Malam ni abang kosongkan jadual boleh?" Wajah penuh harapan dipamer oleh Tiara.

"Untuk?" Suara lelaki itu hanya mendatar.

"Abang lupa sesuatu ke?"

Tiara mengeluh kecil. Perlahan dahi direhatkan pada dada bidang. Hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 2 tahun.

Sejak pagi tadi, Elhasiq berperilaku selamba dan sibuk urusan kerja. Keadaan itu membuatkan muncung mulut Tiara semakin memanjang ke beberapa centimeter. Hello? Takkan nak kena ingatkan kot? Pleaselah~

"Rasanya tak ada urusan penting yang abang lupa. Abang dah periksa semua jadual. Petang nanti kena hadir tiga buah meeting. Malam pulak abang dan Ferhan kena jemput rakan pelaburan dari Abu Dhabi di airport," jawabnya mendatar.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now