The Kasyaf's Family: 31

2.3K 132 15
                                    

"Sangkaan kau betul Tristan, tak ada satu pun kelibat orang Zack di Sabah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








"Sangkaan kau betul Tristan, tak ada satu pun kelibat orang Zack di Sabah. Ayah Tiara dah selamat bertolak ke Kuala Lumpur semalam."

Kerusi ditarik seraya Tuan Muda Seith Harith melabuhkan punggungnya.

Kelima- lima sahabat itu akhirnya berkumpul, memandangkan esok hari pernikahan Tristan jadi masing- masing menghabiskan urusan kerja dan misi sebelum pulang ke Malaysia.

Makan malam di Fine_K.E restaurant menjadi pilihan. Ruang rooftop berkonsep santai sudahpun direka khas untuk lima sahabat.

Landscape tumbuhan liar meningkatkan lagi suasana rehat mereka. Bangunan restaurant dimiliki oleh Elhasiq bagi meluangkan masa bersama rakan sahabat sebelum dia menamatkan zaman bujangnya.

"Tak ada sebarang aktiviti tak bermakna diorang tak bergerak dalam diam. So, keep one's guard up."

Balas Elhasiq sambil dia membelek beberapa kali setiap paparan teks terakhir Tiara dengannya.

Pemuda itu lebih memilih untuk membaca semula teks mereka berdua sebelum ini, daripada cuba menghubungi gadis itu.

Seith mengangguk sebagai tanda faham akan pesanan Elhasiq.

"Buat masa sekarang belum ada kelibat Zack dan Rania tinggalkan Malaysia." Ucap Tengku Zariel yakin.

"No wonder aku tak jumpa batang hidung diorang di luar negara." Sinis Tuan Muda Khaleed Sebastian.

"Tapi kau jangan risau pasal tu Tristan. Kalau ada apa- apa, kitorang roger."

Oleh kerana enggan mengganggu detik penting si sahabat, Tengku Zariel cuba meyakinkan Elhasiq.

"Alright. Thanks guys." Balasnya sambil menyisip minuman.

"Dah kenapa muka korang ketat? Nak aku belanja pergi Spa?? And you Tristan, esok dah nak kahwin, kau sibuk pulak urusan kerja. Chill la-- kitorang akan pantau dua makhluk tu untuk kau."

Cik Muda Lily Kamelia. Anak sulung 'Keluarga Kaizuran' akhirnya berbicara. Satu- satunya perempuan dalam kelompok mereka.

"Right... I'm sorry guys. Sebenarnya ada perkara penting aku nak cakap dekat korang malam ni."

Tumpuan mereka semua kembali ke arah Elhasiq. Kedudukan pemuda itu ke hadapan sedikit sehingga lengan kekarnya bertongkat di atas meja.

"Bermula dengan kau, Lily. Pakai pakaian sopan esok. Jangan bawak senjata tajam termasuk 'Katana'--"

"What? Why?!" Pintas Kamelia dalam nada protes.

"Just for tomorrow Lily. Set pakaian korang semua Grandma dah sediakan. Sedondon dengan keluarga pihak lelaki. Black." Jelas Elhasiq.

"Ugh... Fine~."

Gadis jelita itu memeluk tubuh sambil duduk bersandar. Nak tak nak Kamelia akur juga permintaan si brother.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now