The Kasyaf's Family: 38

2.2K 91 20
                                    

"Kau tipu aku dan keluar tanpa sebarang pengawal peribadi

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.






"Kau tipu aku dan keluar tanpa sebarang pengawal peribadi. What were you thinking?"

Biarpun nada Elhasiq tenang, namun tetap merinding apabila suara garaunya kedengaran agak dekat pada halwa pendengaran Tiara.

"Ti--- Tiara cuma," jawab Tiara. Suara pula tersekat- sekat.

"Tak payah nak cari alasan. Aku tak nak dengar apa- apa." Tegas Elhasiq sambil mengeluh kasar.

"Tapi percayalah. Niat Tiara cuma nak siasat kenapa Zack tiba- tiba nak jemput abang Megat lepas je dia keluar dari tahanan--"

"Diam. Aku tak nak dengar semua tu." Urat pada rahang semakin bergerak- gerak.

Tiara masih tidak peka situasinya sekarang ibarat menyimbah minyak ke dalam api kemarahan Elhasiq.

"Ti-- Tiara mintak maaf abang EL," omel Tiara.

"Aku cakap diam," tegas Elhasiq.

Sertamerta Tiara akur dan menundukkan wajah. Kornea mata menahan empangan air, renungan pula jatuh kearah kedua tapak tangannya yang berada di dalam genggaman Elhasiq.

Mujurlah genggaman itu sedikitpun tidak menyakitkan si isteri. Cukup sekadar Tiara tidak dapat meronta- ronta dari pelukannya.

Kesunyian ruang bilik mula menyelubungi persekitaran, sehinggakan mereka tidak peka bahawa Elhasiq memeluknya dalam posisi itu hampir satu jam.

'Something's not right. Aku kena contact Riel,' bisik hati Elhasiq.

Seketika Elhasiq termenung memikirkan situasi itu, terus dia tersentak bilamana kepala Tiara mendarat ke belakang sehingga berlaga dengan dahinya.

Rupa- rupanya Tiara sudahpun dibuai lena. Kini dia tertidur bersandarkan bahu si suami.

Nafas hangat Elhasiq di sisi wajah sedikitpun tidak membangkitkan Tiara. Laju sahaja si suami mengusap air mata yang bertakung pada alis bulu mata si isteri.

"Kau tahu tak kalau kau masuk awal ke bilik tu, kemungkinan kau akan jadi mangsa atau suspek? Apasal otak kau tak secomel wajah kau, princess? Hmm?" Rayu Elhasiq sedikit terdesak.

Sudah tentu bisikan itu tidak mampu membangkitkan si tidur mati.

Elhasiq melirik sejenak raut sisi wajah si isteri. Leka merenung... Elhasiq ibarat terpukau. Tidak semena- mena ciuman mendarat di pipi Tiara, serentak pelukan erat diberi.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora