The Kasyaf's Family : 6

3.1K 126 5
                                    

"Aku nak kau carikan calon suami untuk Tiara, memandangkan kau wali dia yang sah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







"Aku nak kau carikan calon suami untuk Tiara, memandangkan kau wali dia yang sah. Umur dia dah 22 tahun, bukan? I think that should be enough," pinta Puan Jasmine.

"What are you talking about, Jasmine? Aku bermatian nak elak Tiara terbabit, kau nak kaitkan budak tu pulak?!" Suara Dato' Ukail menunjukkan perubahan intonansi, menyebabkan ruang dalam bilik itu bergema.

"Kau tahu tak aku dan Tiara tak pernah berjumpa, sekarang kau tiba- tiba nak aku buat benda tak masuk akal? Are you out of your mind?!!" tambahnya lagi.

"Sebab Tiara dalam bahaya!!!!!" Bidas Puan Jasmine jelas dan kuat, langsung dia berdiri dari duduk. Suara meresik itu menyentak Dato' Ukail.

"Aku dah janji dekat arwah Maleeka yang aku akan jaga keselamatan Tiara! She's in danger, Ukail. Aku tak boleh tolak kemungkinan ancaman ke atas Tiara akan timbul, kalau anak aku terus terdesak jejak dia."

Langkah Puan Jasmine mundar mandir seraya pelipis dipicit berulang kali. Raut wajah jelas menunjukkan dia kerisauan.

"Apa benda kau merepek ni? Budak tu dah lama bertunang, bukan?"

"Dia dah putuskan... Sekarang, Puan Sri' Yomna dah kembalikan semua shares syarikat yang dia uruskan bagi pihak datuk dan ayah dia kepada EL. Cuba kau fikir apa akan terjadi selepas ni Ukail?"

"Anak kau akan balik ke Malaysia as the new head of the K_E Empire?" Dato' Ukail menebak.

"Exactly! Kau fikir dia balik sini pasal tu? Dia datang nak cari Tiara kau tahu tak?! Aku dapat rasa ada perkara buruk akan berlaku, Ukail. Kita tak ada pilihan selain kena kahwinkan Tiara dengan seseorang, supaya anak kau jadi hak milik orang lain..."

"... Aku... Aku dah cakap Tiara dah berkahwin dan ikut suami dia pergi oversea. Dia tak percaya." tambah Puan Jasmine lagi.

"Wait, Jasmine... Slow down, aku tak faham. Kenapa kau nak syak wasangka anak kau sampai macam tu sekali? Arwah Maleeka pernah cakap yang diorang tu sahabat karib."

Puan Jasmine memicit pelipis dengan kedua- dua tangan seraya dia mengimbas kembali setiap perbualan EL dengannya beberapa tahun yang lalu.

Panggilan telefon pertama kali dari EL menyentak Puan Jasmine pada pukul 02.00 pagi. Dia sangat terperanjat, kerana selama ini wanita itu mengetahui perkembangan EL melalui bekas ibu mertuanya, memandangkan EL mengelak untuk berkomunikasi dengannya.

 Dia sangat terperanjat, kerana selama ini wanita itu mengetahui perkembangan EL melalui bekas ibu mertuanya, memandangkan EL mengelak untuk berkomunikasi dengannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now