The Kasyaf's Family: 52

2.1K 89 17
                                    

Milan, Italy

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.







Milan, Italy

Di sebalik bunyi mesin beroperasi pada waktu malam di dalam warehouse itu, semua aktiviti guard tidak terlepas dari tatapan lelaki tua berusia 55 tahun. Petra Dilan.

Kepulan asap cerut dihembus ke udara. Raut wajah Petra Dilan langsung tidak dimamah usia, dek dilindungi pakej kekar dan ketinggiannya. Parut lama terbentuk halus dari sisi wajah hingga ke cuping telinga.

"Suri(Dahlia) ada di Milan sekarang boss. Should we kidnap her?" Soal salah satu pengawal Petra Dilan apabila Ipad dihulurkan bersama.

"No. It's a trap. Lagipun bukan parasit tu yang aku nak," jawab Petra Dilan nada sinis.

"What should we do boss?"

"Kita tunggu. Aku tahu Suri(Dahlia) dihantar oleh lelaki tu. Let's see macam mana dia nak teruskan permainan ni," tambah Petra Dilan.

Ring~!

Senyuman Petra Dilan melebar apabila 'private number' terpampang pada skrin telefon pintar.
Dengan tenang melumatkan api cerut, Petra Dilan menjawab panggilan.

"Hello~ old friend..." ucap Petra Dilan dalam nada sakrastik.

"Kita lupa urusan lama. Sekarang kau boleh bawak balik Suri(Dahlia), aku dah arah dia ke Milan, Italy," tegas pemuda misteri(tactical mask) di dalam panggilan.

"Aku dah agak dah... Rupa- rupanya kau sembunyikan Suri(Dahlia) selama ni. Jadi kau lah yang hapuskan Zack dan Rania?" Petra Dilan menebak.

"Aku cuma hapuskan Zack. Tapi pelacur gila kau tu pergi bunuh Rania. Kenapa? Kau nak balas dendam dekat aku?" Angkuh pemuda misteri menyoal kembali.

"Jangan risau, aku ni berperikemanusiaan orangnya. Anggap je diorang berkorban untuk aku. Tambahan pulak, korban tu membuahkan hasil. Just so you know, dari informasi Rania, akhirnya aku dapat keberadaan kau dan Suri(Dahlia). That's mean, selama ni korang berdua bersembunyi dari aku di bawah pengaruh K_E EMPIRE, bukan? HAHAHAHA!!!" ucapan Petra Dilan berakhir dengan nada yang sangat berpuas hati.

"That's none of your business, jangan berhubung dengan aku lagi. Aku dah hantar Suri(Dahlia) dekat kau, anggap je tu cara aku tebus kesalahan sebelum ni," tegas pemuda misteri.

"Not so fast *****n... kau fikir, kalau kau bagi perempuan tu balik, aku lupa urusan kita 14 tahun lepas? Hmm?"

Jemari diketuk berulang kali pada permukaan meja oleh Petra Dilan.

"Kau jangan tuntut target asal. Anggap je nyawa Suri(Dahlia) sebagai balasan 'nyawa' target asal," balas pemuda misteri.

"NEVER. Aku nak target yang asal, sebab tu plan kita 14 tahun lepas. Jangan buat- buat lupa!!!" Nada Petra Dilan kembali dingin. Serentak dia menghempas tapak tangan ke atas meja.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu