The Kasyaf's Family: 39

1.9K 86 3
                                    

Terasa waktu lambat berputar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










Terasa waktu lambat berputar. Tiara hanya duduk seperti tugu sambil mengunyah brownies, cake, dan manisan yang lain.

Dia menahan diri untuk menoleh ke mana- mana arah. Perbualan bosan berkaitan perniagaan hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kirinya.

'Menyesal aku ikut cakap Indra. Dah kenapa aku macam tak diundang pulak duduk sini? Apasal aku tak stay je dekat taman tadi? Aduh...'

"Tiara... Tristan pergi mana? Kenapa cucu Grandma belum pulang?"

Soalan Puan Sri' Yomna memancing Tiara untuk memandangnya. Dahlia duduk di sebelah kanan sambil merehatkan kepala di bahu Puan Sri' Yomna, dia memang tidak menyembunyikan keakrabannya dengan Puan Sri' di hadapan semua tetamu di situ.

Deena Rose pula duduk dengan gaya silang kaki sambil menyisip minuman. Sedikitpun dia tidak menunjukkan sebarang ekspressi di hadapan Tiara. Senyum tidak, cemberut pun tidak.

"Abang EL ada urusan penting, nanti baliklah tu. Err-- sebelum pukul 10."

Tiara mengajuk informasi waktu kepulangan Elhasiq daripada kenyataan Indra. Sejujurnya dia pun tak tahu bila Elhasiq akan pulang. Pemuda itu langsung tidak mengkhabarkan dia pergi ke mana.

"Grandma tahulah dia ada urusan. Soalan Grandma, Tristan pergi mana? Kan Grandma dah pesan yang Grandma nak lawat dia hari ni?" Nada Puan Sri' sedikit dingin.

"Tiara tak tahu Grandma," balasnya pendek.

"Tak tahu??? Suami keluar pun kamu tak tahu? Entah Tristan tak sihat ke dekat luar tu, kamu tak nak ambil tahu?" Suara Puan Sri semakin tinggi.

Bukan sahaja pergerakan Tiara mati. Malah pandangan Indra, Deena Rose dan Dahlia juga berkalih ke arah wanita tua itu saat suaranya naik seoktaf.

"Tuan Muda ada urusan perniagaan dengan Tengku Zariel. Sebab tu Tuan Muda tak khabarkan dekat Puan Muda." Indra cuba mencelah dengan nada sopan.

"Wah, pengawal peribadi lebih tahu jadual Tuan Muda berbanding isteri dia sendiri." Entah apa niat Dahlia berbicara begitu sambil dia tersenyum sinis memandang Tiara. Secara tidak langsung kenyataan Dahlia juga membuatkan jelingan Puan Sri' semakin tajam ke arah isteri cucu tunggalnya.

"Riel ada di Malaysia?" tanya Puan Sri'. Pandangannya kemudian beralih ke arah Indra.

"Ha aa Grandma. Diorang semua ada di Malaysia, sebab nak hadiri showroom. Riel, Khal, Seith, Lily... Deena je yang baru sampai," sampuk Deena Rose.

Keluhan Deena Rose membuatkan wajah Puan Sri' yang cemberut tadi mula tertawa kecil. Kilauan cerlang cahaya dari giant chandelier menerangi setiap wajah yang menunjukkan pelbagai ekspressi.

"Alahai... Janganlah sedih, semua dah berkumpulkan? Deena lama tak duduk Malaysia? Grandma dah tempah percutian untuk semua cucu angkat Grandma ni."

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now