The Kasyaf's Family: 40

2.3K 94 27
                                    

"Kita nak pergi mana?" tanya Tiara

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.







"Kita nak pergi mana?" tanya Tiara.

"Ikut je lah."

Tidak dia mengendahkan Tiara yang cuba berdegil. Sebaliknya dia menarik lembut tangan Tiara ke dalam genggaman lalu bergerak ke bilik berasingan.

Ruangan bilik khas menyajikan beberapa buah telescope bagi menyaksikan keindahan langit malam dalam jarak dekat.

Tempat khas Elhasiq bersenang- lenang sekiranya dia tidak dapat tidur. Siling bilik hanya beralaskan kaca lutsinar. Kini, cahaya bulan menerangi tabuk bilik tersebut.

Zap!

Dengan selamba Elhasiq merehatkan kepalanya di atas riba Tiara, sebaik saja dia menempatkan Tiara duduk di multi directional sofa di dalam bilik itu.

"Kalau kau tak cakap apa dalam kepala kau tu, kita bermalam atas sofa ni."

Elhasiq segera menutup kelopak mata. Biarpun dia tersenyum, namun bicaranya bukanlah omong kosong. Nak tak nak, Tiara terpaksa berterus terang.

"Abang EL..."

"Mmm..."

"Tiara tak nak sebilik bu-- bukan sebab apa, abang EL fahamkan?"

"Tak faham. So please explain," sahut Elhasiq pantas.

Tiara menghela nafas panjang sebelum meneruskan bicaranya.

"Kita dah hampir sebulan berkahwin. Kenapa Tiara belum terima dokumen perjanjian perkahwinan tu? Macam mana nak sign kalau dokumen tak ada?Lagi satu... Takkan kita nak berlagak macam suami isteri yang sebenar?"

Rahang diketap perlahan sebelum Elhasiq membuka kelopak matanya. Wajah Tiara ditatap tenang. Tangan yang bergetar masih dapat diselindung tatkala Elhasiq mengusap sisi wajah isteri.

"Aku terlupa pasal tu. Kalau aku free, aku arahkan Indra sediakan dokumen tu, okay?" kata Elhasiq.

"Okay." Si isteri mengangguk dengan senyuman manis.

"Err-- abang EL~~" kata Tiara lagi.

"Apa lagi wife..."

Perlahan saja suara Elhasiq. Wajah tenang tadi mula kembali tersenyum ikhlas dek terbuai dengan nada manja Tiara.

"Nanti kalau Indra sediakan dokumen tu, Tiara nak masukkan beberapa syarat boleh? Tiara nak sediakan empat--- no. Lima syarat, boleh?"

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora