Bab 1

14.5K 412 15
                                    

Suasana pagi yang hening, tepat pukul 5.15 pagi azan Subuh berkumandang , Arasha Imani bangun lalu menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh. Selesai menunaikan solat Subuh , Arasha kembali ke katilnya dan mengambil lappynya yang berada dimeja belajar. Dia terus membuka lappy kesayangannya dan tangan lincah mencari rancangan kegemarannya iaitu Running Man .

Tok ! Tok !
Pintu diketuk dari luar.Arasha menoleh ke arah pintu dan tersengih menayangkan giginya yang tersusun rapi dan putih.
"Angah, kenapa tak siap lagi ni? Sekarang dah pukul berapa?" soal ibunya, Puan Rosmida dengan dahi yang berkerut melihat perangai anaknya itu.

Arasha melihat jam di handphonenya. Dengan riak selamba dia menjawab "Pukul 6:30 pagi la bu" lalu dia kembali fokus kepada rancangan kegemarannya tadi.
Namun, kali ini Arasha bagai baru tersedar dari mimpinya.
"What?? 6:30 pagi ?? " Dia bingkas bangun dan dalam keadaan tergesa-gesa mengambil baju kurung di dalam almari untuk menukar pakaian yang dipakainya sebentar tadi.

Puan Rosmida hanya mampu menggeleng kepala melihat perangai anaknya itu . 'Haih, Arasha tak habis habis lagi perangai kalut dia tu 'desis Puan Rosmida dalam hati dan berlalu meninggalkan anaknya yang tengah bersiap.

p/s: ni karya pertama saya, moga terhibur membaca 😊

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now