Bab 36

3.3K 124 1
                                    

Hampir 4 bulan lebih Arasha bekerja di sebuah kedai runcit di sebuah pasaraya yang terletak di kampung seberang sana. Result SPM pun sudah ada di genggaman  yang baru saja keluar pada 20 Mac yang lalu. Manakala, sesi persekolahan pun sudah lama bermula bagi yang masih pegang tittle sebagai student.

Arasha mendapat result yang agak baik cuma subjek yang berkaitan dengan Sains saja yang dia lemah. Yang lain okay la. Dia mendapat 5A(campur A+ dan A-) 1B+, 1C, 2D,2E.. Yang D dan E tu subjek Biologi, Fizik,Kimia dan Addmaths.. Memang keempat subjek tu yang membunuh Arasha. Namun, Alhamdulillah, dia masih lulus penuh.

Ainul, Tasya dan Hafi pulak dapat 6A(campur A+ dan A-) ada jugak dapat D dan E ,tak lain tak bukan subjek yang membunuh tadi. Manakala, Emelin 5A sama dengan Arasha.

******
"Arasha.. masa untuk kau rehat" beritahu Janna iaitu rakan sekerjanya. Janna juga merupakan rakan sekolahnya dulu namun berlainan kelas.

"Okay! saya rehat dulu" kata Arasha lalu mengatur langkah menuju ke tempat rehat dibelakang kedai.

Beberapa minit kemudian selepas makan, Arasha memeriksa handphonenya kot-kot ada sms dari Rayyan. 'Hmm.. takda, maybe sibuk kot' positif saja si Arasha ni.

Sejak mulanya sesi persekolahan ni, Rayyan jarang sekali menghantar sms atau bertanya khabar kepadanya. Kadang-kadang langsung tak ada. Kalau dulu, hampir tiap hari mereka bersms. Namun, Arasha berfikiran positif, dia agak mungkin Rayyan busy dengan kerja kursus mereka di Semester 2 ni. Tu yang Arasha fikir.

******
Namun disisi lain, Ainul jugak perasan hal yang sama, tapi Faizul still lagi contact dengan dia. Tapi, kadang-kadang saja. Jadi, Ainul juga menyimpulkan hal yang sama dengan Arasha. Busy ! Cukuplah dia ada sms, Ainul taknak ganggu Faizul tengah sibuk.

******
Malam tu, Arasha tidak dapat tahan lagi untuk menanya khabar Rayyan. Jadi, dia memutuskan untuk menghantar sms kepada Rayyan terlebih dulu.

Arasha: Assalamualaikum.. heee, maaf ganggu.. saja nak tanya khabar awak. (:

Lama juga Arasha menunggu balasan dari Rayyan. 'Mungkin busy sangat kot, tak pun dah tidur' bisik hati Arasha untuk menenangkan perasaan sendiri.

15 minit kemudian, baru ada sms dari Rayyan masuk. Cepat-cepat Arasha membukanya. Namun....

Rayyan: Waalaikumussalam.. sorry awak.. saya tengah busy ni, nanti chat lagi. Assalamualaikum.

Hampir mengalir airmata Arasha membaca sebaris ayat dari Rayyan. Namun, dia kembali berfikir positif . Mungkin betul dia sedang busy. Tapi, kekecewaan dalam hati masih terasa, pertanyaannya hanya dipandang sepi oleh Rayyan.

Arasha bingkas bangun dari katilnya dan mengambil lappynya di meja belajar. ' Hmm.. layan RM lagi best' ujarnya untuk memujuk hati yang sedang kecewa.

******
Namun di sana, Ar-Rayyan Rafiq bukannya busy sangat pun. Dia sedang melepak dengan geng-geng sebiliknya di luar koridor asrama.

Tangan Rayyan lincah menaip sesuatu di skrin handphonenya. Tak lama kemudian, terdengar lagu yang agak rockers keluar dari handphone Rayyan.

Rayyan meminta diri untuk menyambut call dari seseorang. Dia bergerak masuk ke dalam bilik.

Hampir 20 minit berbual di dalam handphone dengan seseorang, Rayyan kembali ke koridor untuk menyertai rakan-rakannya. Senyuman tak lekang dibibir. Sehingga Si Arshad menegur.

"Amboii! banyak senyum" usik Arshad.

"Hahahaha.. kau kira senyum aku ke? berapa banyak kau kira tadi?" balas Rayyan.

"Hmm.. banyak ! sampai tak terkira aku.. Ni haaa.. semut pun dah mula menyerbu ni tengok senyum kau tadi" bahan Arshad sambil menunjukkan seekor semut yang dah hancur dikerjakannya tadi.

"Hahaha.. ada-ada aje kau ni Arshad.. Dah jom masuk bilik, dah lewat malam dah ni. Kang warden tengok kita, tak tidur sampai ke esok kita nanti" ajak Rayyan lalu mula mengatur langkah masuk ke bilik.

Yang lain hanya menurut saja.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now