Bab 57

3.5K 127 0
                                    

"That is the truth Rayyan?" soal Arasha memandang Rayyan. Anggukan Rayyan menjelaskan semuanya.

Haniza tersenyum kemenangan. Bagai disiat-siat hati Arasha melihat anggukan Rayyan. Dia cuba bersabar.

"Okay ! jika itu jawapannya. Saya faham. Before that, saya nak ucapkan terima kasih untuk awak Haniza sebab bagitau saya hal sebenar, kalau tak sampai ke mati pun saya kena tipu " Arasha berjeda seketika untuk mengesat airmata.

"And for you Ar-Rayyan Rafiq Bin Haikal Noh. Thanks for everything. Terima kasih sebab berjaya tipu saya, terima kasih sebab berjaya hancurkan harapan dan kepercayaan saya terhadap awak, terima kasih dah lukakan hati saya buat kali kedua dan terima sebab awak sudi hadir dalam hidup saya dan beri kebahagiaan pada saya walaupun sekejap. Saya janji lepas ni, saya takkan munculkan diri depan korang dah. Saya ucapkan semoga korang bahagia sampai ke jinjang pelamin" usai saja Arasha meluahkan segalanya, dia terus mengangkat kaki dari dewan itu diikuti sahabat-sahabat setianya.

Rayyan tidak mampu berbuat apa-apa. Dia menyesal sebab tidak berterus-terang dengan Arasha. Kini, semua terlambat. Nasi sudah jadi bubur.

"Sayang, jom balik. Dah settle semua" ajak Haniza.

Semua yang hadir memandang jelik dengan pasangan itu kecuali beberapa orang. Ada yang berpihak kepada Arasha dan ada beberapa yang berpihak kepada Haniza, tak lain tak bukan kawan-kawan Haniza sendiri.

Darwish hanya mampu menggeleng melihat Rayyan dan Haniza.

'Tak apa Arasha, saya masih ada untuk awak' bisiknya dalam hati lalu beredar dari situ.

******
Sepanjang perjalanan balik, Arasha lebih banyak mendiamkan diri. Airmatanya sudah kering sejak dia melangkah keluar dari dewan tadi.

Kali ini, hatinya benar-benar sakit dan dia sudah menutup rapat-rapat pintu hatinya buat Rayyan. Tak tahulah suatu hari nanti, andai Allah mentakdirkan mereka berjodoh dia redha. Tapi, buat masa ni Arasha memang tak nak menoleh kebelakang lagi.

******
Tiba saja dirumah, Arasha berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku tadi.

"Dah habis majlis Ngah?" soal Puan Rosmida sebaik saja membuka pintu untuk Arasha.

Arasha tersenyum hambar.

"Dah bu, Angah nak masuk bilik dulu ya bu, penat" ujar Arasha.

"Haa.. yela, lagipun dah lewat malam dah ni, pergi rehat, tidur" suruh Puan Rosmida.

Arasha mengangguk lemah dan berlalu ke biliknya. Puan Rosmida terus menutup pintu dan berlalu kebiliknya pula.

P/S: Bab ni merupakan sambungan untuk bab sebelumnya iaitu Bab 56. Keep reading :)

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now