Bab 20

3.7K 129 1
                                    

"Rayyan, kau perasan tak budak yang sebelah kanan tadi tu? Asyik lirik kau je aku perhati tadi" soal Faizul sambil menggamit bahu Rayyan.

"Yeke? takda pun, tak perasan. Cantik tak ?" soal Rayyan kembali.  Perangai playboy cap 'kambing' dia dah mai dah.

"Entah. Hmm.. boleh la, ehh.. tapi kau dah ada yang punya. Kau jangan nak curang ye" ingat Faizul kepada Rayyan.

"We'll wait and see ! " senyum sinis Rayyan lagaknya.

******
Hari ni last puasa, esok dah raya. Segala persiapan raya di rumah Arasha sudah disediakan bermula dari langsir, sofa, makanan, kuih raya dan baju raya. Cuma, malam ni Along dan Ayahnya perlu membakar lemang sahaja.

Tema warna baju raya Arasha sekeluarga tahun ini adalah Biru laut. Semuanya sedondon. Along dan keluarga kecilnya pula bertemakan warna Biru torques. Tak jauh lari warnanya.

Ohh ya, Along Arasha sudah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. 2 orang lelaki dan seorang perempuan. Isterinya bernama Nur Fatiha atau senang dipanggil Tiha. Dan anak sulongnya, Muhammad Zairil Raihan. Anak kedua pula,Muhammad Zaiqil Raiqal dan si bongu, Nur Zara Farihah.

Raya tahun ni keluarga Encik Aidit dan Puan Rosmida lengkap kerana semuannya balik untuk beraya di kampung. Meriah sungguh rumah Puan Rosmida dengan kehadiran cucu-cucu dan anak-anak serta menantunya. Senyuman Puan Rosmida tak lekang dari bibir tuanya itu kerana melayan karenah cucu-cucunya.

******
Seperti biasa bila malam raya, mesti ada yang sibuk text kawan-kawan untuk minta maaf segala bagai dan mengucap Selamat Hari Raya.

Demikian juga yang dilakukan Arasha kepada sahabat-sahabatnya. Panjang lebar text yang dihantar Arasha kepada sahabat-sahabatnya.

Arasha: Assalamualaikum sahabat sekalian, saya nak minta maaf atas segala salah dan silap baik sengaja atau tak sepanjang kita berkawan selama ni. Thanks tau awak semua sudi jadi sahabat dunia akhirat saya. Halalkan makan minum saya, mana yang saya terambil ,terpakai semua tu, halalkan ye dan segala hutang tu, halalkan.. hehehe. Raya ni jangan lupa datang rumah kalau tak datang siap awak semua. Tak nak kawan lagi. Hehehe. Ok, Selamat Hari Raya awak semua! Maaf zahir dan Batin. Puasa enam jangan lupa tau. Hahaha. peace ! :)

Butang send ditekan dan sms dihantar kepada Tasya, Ainul, Emelin, Hafi dan beberapa orang lagi. Semuanya hanya di forward je. Lenguh tangan nak tulis banyak kali.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now