Bab 38

3.2K 129 0
                                    

6 MEI 2014

Hari ini sesi pendaftaran bagi pelajar PraU sesi 2014/2015 telah diadakan. Ramai yang telah mendaftar masuk. Saat melangkah kaki ke sekolah ini lagi, mata Arasha meliar mencari seseorang. Namun, tidak ditemui.

Di dalam dewan pelajar PraU Rendah dikumpulkan. Seusai saja pendaftaran, sesi memilih kelas yang ingin dimasuki pula dijalankan yang borangnya dijaga oleh Iqmal dan Darwish, senior mereka.

Kini tiba giliran Arasha untuk menulis nama di borang yang dijaga oleh senior-senior tadi. Dia nekad untuk memasuki kelas Perniagaan yang borangnya dijaga oleh Darwish.

Selesai saja menulis namanya, dia ingin berlalu namun telinga sempat menangkap seseorang menyebut namanya perlahan 'Nur Arasha Imani'. Dia menoleh namun hanya dua orang senior tadi saja yang ada disitu tengah menjalankan tugas mereka.

'Seram !' hanya itu ayat yang keluar dari mulut Arasha. Cepat-cepat dia kembali ke arah Tasya, Ainul dan Hafi di atas pentas dewan. Manakala, Emelin masih menunggu gilirannya.

******
Hari ini hanya pertama minggu orientasi selepas sesi pendaftaran semalam. Semua pelajar junior berkumpul di dewan, hanya kelihatan beberapa orang pelajar senior yang ada jawatan dalam MPP terlibat sama. Dan.. dan.. 'Dia' pun ada terlibat.

"Assalamualaikum, ok.. dengar sini, hari ni kita akan buat agihan bagi Sukan & Permainan dan Unit Beruniform. Agihan dibuat secara undian. Setiap dua orang dari awak akan ke hadapan untuk cabut undian. Faham? " terang Kak Faz yang merupakan setiausaha MPP.

Semua mengangguk faham. Arasha kelihatan sedikit gugup bila melihat Rayyan yang turut duduk di atas pentas menjaga kertas untuk undian.

'Alahh.. namateyy.. Pasal pulak dia perlu jaga undian tu.. Haishh! ' rungut Arasha.

Kini, tiba giliran Arasha dan teman barunya, Faizah. Undian pun dibuat.

"Awak dapat apa untuk Unit Beruniform?" soal Kak Faz.

"Kadet Remaja" jawab Arasha tanpa menoleh Rayyan yang betul-betul duduk dihadapannya.

"Sukan dan Permainan pulak? " soal Kak Faz lagi.

"Bola baling" sekali lagi jawapan ringkas diberikan Arasha.

"Ehh.. sama lah kita bola baling " tiba-tiba saja Rayyan menyampuk.

Arasha buat-buat tak dengar padahal dalam hati rasa nak tercabut aje jantung dia.

"Ehh.. jangan nak menggatal ye Rayyan, awak tu dah ada Niza" ujar Kak Faz dengan perlahan.

Namun masih dapat ditangkap oleh telinga Arasha setiap bait yang dibicarakan. Arasha terasa lain macam aje bunyinya namun dia tidak mengendahkan.

Arasha kembali duduk di tempat asal setelah urusannya selesai.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now